Pelakon wanita terbaik Jepun, Rie Miyazawa akan berkahwin dengan Go Morita V6

Rie Miyazawa . Go Morita V6

Rie Miyazawa (44) akan berkahwin dengan lelaki yang cintainya, pelakon Go Morita (38) daripada bekas kumpulan Jpop popular, V6 pada penghujung tahun ini. Jarak usia mereka adalah sebanyak 6 tahun.

Go Morita juga didapati tinggal berdekatan dengan rumah Rie Miyazawa dan sering mengunjungi Rie dan anak perempuannya yang berusia 8 tahun dengan suami terdahulu. Mereka juga pernah dilihat bercuti bersama-sama pada hari Valentine yang lalu. Pasangan ini menjalinkan hubungan cinta sewaktu bertemu di persembahan teater pada Ogos tahun 2016, dan tak pernah menafikan percintaan mereka. Cuma, mereka menghadapi kesukaran mendapatkan waktu untuk mengadakan majlis perkahwinan.

Rie Miyazawa merupakan antara pelakon wanita Jepun yang terbaik pernah dihasilkan pada masa kini. Kemenangan bergaya beliau menerusi anugerah Best Actress Japanese Academy Awards untuk filem Twilight Samurai (2003) dikenangi marhaen Jepun sehinggalah sekarang. Beliau turut memperoleh 2 kali anugerah yang sama melalui filem Pale Moon (2015) dan Her Love Boils Bathwater (2017) menjadikannya satu-satunya aktress yang meraih kemenangan sebanyak 3 kali sejak Japanese Academy Awards (bersamaan dengan Oscar) dianjurkan pada 1978.

Sumber: jpnews

loading...