Adakah Tiffany juga akan jejaki Jessica Jung tinggalkan Girl Generation?

Pihak agensi hiburan SM memaklumkan bahawa mereka masih belum selesai rundingan dengan beberapa orang ahli kumpulan Girl Generation, atau dikenali sebagai SNSD susulan pengakuan Tiffany yang ingin menyambung pelajaran ke Amerika Syarikat dalam bidang lakonan.

Girl Generation telah pun menyambut 10 tahun penubuhan kumpulan mereka dan lebih menggembirakan hati lagi, pelancaran album mereka, Holiday’s Night baru-baru ini sangat laris di pasaran di luar negara sehingga meraih no.1 di dalam BillBoard World Album Chart. Mereka dikenali sebagai kumpulan wanita kpop paling berpengaruh dalam sepuluh tahun kebelakangan ini di Korea Selatan, sehingga mendominasi no.1 dalam carta jualan single dan album. Album debut solo Taeyeon dan Seohyun yang dilancarkan pada tahun ini juga, meraih no.1 dalam carta Gaon untuk jualan album terlaris.

Sesetengah ahli yang lain pula lebih bergiat aktif dalam bidang lakonan terutamanya Yoona, sekarang ini sedang membintangi drama MBC The King’s Love bersama Im Shi Wan. Choi So Young pula satu-satunya yang tercalon dalam Best Actress 3rd CARI Kdrama Awards menerusi lakonan yang mantap dalam MBC The Spring Day of My Life.

Ternyata, SNSD masih berpengaruh dan tanda-tanda untuk pembubaran tidak jelas kelihatan meskipun Jessica Jung yang sudah membebaskan dirinya mahupun Tiffany yang akan keluar tak lama lagi. Agensi SM pastinya tidak akan melepaskan benak keuntungan yang melimpah ruah ini dengan membiarkan SNSD terbubar sendiri walaupun dasar-dasar agensi SM khabarnya tidak banyak memihak pada SNSD , dan lebih fokus pada kumpulan baru seperti Red Velvet, misalnya.

Sumber: sportwordi

 

 

loading...