Perhatian kepada peminat Nam Joo Hyuk dan Shin Se Kyung !! Pasti korang dah menonton preview drama Bride of the Water God/ The Bride Of Habaek yang bakal bersiaran di TVN (Astro Channel 395) bermula 4 Julai ini. Drama ini dibarisi oleh Nam Joo Hyuk, Shin Se Kyung, Im Ju Hwan, Krystal Jung f(x)dan juga Gong Myung. Drama yang bergenrekan Fantasy Romantic ini sebenarnya akan ditayangkan pada 3 Julai di Korea Selatan setiap Isnin dan Selasa.
Baiklah. Jom ketahui beberapa fakta yang akan menyebabkan anda perlu tonton drama Bride of the Water God ini.
1. Adaptasi dari siri komik popular “Habaekui Shinboo” oleh Yun Mi Kyung
Edisi pertama komik ini dikeluarkan pada tahun 2006 oleh Yun Mi Kyung(South Korean manhwa) dalam versi bahasa Korea, namun versi bahasa Inggeris dikeluarkan pada tahun 2007 oleh Dark Comics Horse. Siri asal komik ini telah berakhir pada 2014, sementara versi Bahasa Inggeris masih lagi berterusan.
Yun Mi Kyung juga adalah penulis skrip bagi drama Arang and the Magistrate (2012), Monstar (2013) and Misaeng (2014). Drama ini diarahkan oleh Kim Byung Soo yang telah mengarahkan Nine and Queen In Hyun’s Man .
2. Dibintangi oleh pelakon-pelakon yang hebat dan mempunyai keserasian yang sangat baik
Nam Joo Hyuk sebagai HaBaek [Dewa Air]
Shin Se Kyung sebagai SoAh (Psikitari)
Im Ju Hwan sebagai Hoo Yee ( CEO dan Ahli Perniagaan )
Krystal Jung Sebagai Moo Ra (Dewi Air)
Gong Myung sebagai Bi Ryum (Dewa Angin)
3. Sinopsis cerita yang mengujakan
Sinopsis Utama :
Sebuah kampung menderita kerana kemarau yang panjang, dan dikatakan bahawa Dewa Air, HaBaek, akan menurunkan hujan jika seorang wanita muda dikorbankan untuk menjadi pengantin perempuannya. Penduduk kampung mengorbankan SoAh. Apabila SoAh bertemu HaBaek, dia tidak kelihatan seperti seorang Dewa.
Peta Karakter (yang dikeluarkan oleh tVn) :
Cerita ini menyentuh dua watak utama yang masing-masing mewakili dunia yang berbeza: Nam Joo Hyuk dari dunia para dewa dan Shin Se Kyung dari dunia manusia. Nam Joo Hyuk memainkan watak sebagai Dewa air Habaek yang mendapati dirinya berada di dunia manusia pada tahun 2017, di mana siangnya menjadi manusia dan disebelah malamnya dia disumpah menjadi kanak-kanak. Manakala Shin Se Kyung memainkan watak sebagai seorang neuropsychiatrist bernama So Ah yang nasibnya adalah untuk melayani para dewa. Secara ringkasannya, Habaek juga mendedahkan bahawa dia berusia 2800 tahun. Dia juga digambarkan sebagai raja dewa yang berikutnya.
Krystal Jung f (x) memainkan watak sebagai Moo Ra, Dewi Air yang hidup di dunia manusia sebagai pelakon yang terkenal. Peta itu menyatakan bahawa Moo Ra dan Habaek telah menjalinkan persahabatan sejak dari zaman kanak-kanak lagi . Habaek melayan Moo Ra sebgai sahabat sejatinya tetapi Moo Ra menganggap Habaek lebih dari seorang sahabat sehingga dia seakan jatuh cinta kepada Habaek. Deskripsi Karakternya menyatakan bahawa dia berusia 2800 tahun dan mencari ibadah dari manusia. Hubungannya dengan So Ah digambarkan tidak begitu mesra kerana Moo Raa menyukai Habaek sedangkan Habaek menyukai So Ah.
Gong Myung memainkan watak sebagai Bi Ryeom, Dewa Angin yang juga berusia 2800 tahun dan digambarkan sebagai seorang “pengacau” . Bi Ryeom, yang membantu HaBaek dan SoAh. Dia menyukai HyeRa, walaupun dia mengetahui Moo Raa dia juga menyukai HaBaek. Dia mempunyai keperibadian komik, walaupun dia kadang-kadang serius.
Akhirnya, Im Joo Hwan, yang memainkan watak Shin Hoo Ye. Beliau bukanlah dari kalangan dewa tetapi hanya seorang ahli perniagaan dan merupakan CEO bagi sebuah hotel. Merupakan saingan hebat kepada Habaek kerana keduanya menyukai So Ah.
4. Preview drama yang membuatkan anda perlu tonton drama ini
Trailer 1
Trailer 2
Trailer 3
Jangan lupa saksikan drama The Bride of HaBaek di Saluran Astro 395 setiap Selasa dan Rabu jam 9.30 malam.
Sumber : Soompi