Seo In Guk Telah Dikecualikan Memasuki Military Secara Rasmi

Pada 14 Jun, Jellyfish Entertainment mendedahkan hasil pemeriksaan kesihatan Seo In Guk. Mereka membuat kesimpulan bahawa Seo In Guk telah diagnosis sebagai ‘dissecans Osteochondritis’ iaitu penyakit sendi di mana terdapat keretakan terbentuk di dalam rawan dan tulang asas. Hasil pemeriksaan In Guk termasuk didalam kelompok kesihatan gred 5.

Bagi mereka yang termasuk kelompok Grade 5 kesihatan ini dianggap tidak layak untuk menjalankan tugasan sebagai anggota tentera. Ini bermakna Seo In Guk didalam kesihatan yang tidak layak untuk pendaftaran.

Secara rasminya Seo In Guk tidak akan melengkapkan perkhidmatan mandatori tenteranya. Pada bulan Mac yang lalu, Seo In Guk telah disenaraikan untuk menyertai perkhidmatan tentera tetapi dibenarkan pulang untuk sementara apabila dia mengalami kecederaan osteochondral semasa latihan.

 

sumber : allkpop.com

loading...