Lee Young Ae derma 150 juta won untuk wanita miskin

Pelakon Saimdang, Lee Young Ae akan menyumbangkan sebanyak 150 juta won untuk wanita miskin dalam projek dinamakan “Bantuan kewangan Ibu Gembira” dalam kolobrasinya bersama Hospital Cheil, Seoul. Antara golongan yang disasarkan ialah ibu tunggal, wanita yang berpendapatan rendah, wanita hamil daripada keluarga campuran etnik, dan ibu yang tiada ikatan perkahwinan.

Kim Moon Young, ketua jabatan perancangan keluarga Hospital Cheil berkata , “Dana tersebut akan digunakan untuk menanggung kos perubatan dikenakan pada golongan sasaran tersebut dengan syaratnya ianya diluluskan oleh 25 institusi kebajikan dan klinik.”

“Tujuannya untuk menggalakkan pertumbuhan masyarakat di zaman populasi Korea Selatan yang semakin menyusut saban tahun.”

Lee Young Ae dikenali sebagai pelakon yang sering menghulurkan bantuan kewangan kepada ibu yang tidak bernasib baik. Sejak melahirkan kembar tak seiras pada tahun 2011, Lee Young Ae telah menyumbangkan lebih 350 juta won untuk golongan disasarkan tersebut.

Drama SBS Saimdang sedang hangat ditayangkan di astro oh! K 394 pada setiap hari Rabu dan Khamis serentak dengan penyiarannya di Korea Selatan.

Sumber: yna

loading...