Dong Ha (Myeong Sok) sebagai pembunuh bersiri dalam SBS Suspicious Partner

Khabar baik buat peminat Myeong Sok dalam daripada Chief Kim, pelakon yang membawakan watak berkenaan akan menjadi pembunuh bersiri yang menghidapi penyakit amnesia di dalam drama terbaru SBS Suspicious Partner. Kedengaran sangat teruja, bukan?

Aktor muda yang bernama Dong Ha ini telah mencetuskan fenomena lakonan yang mencuri hati peminat di dalam Chief Kim apabila telatahnya sangat mengusik jiwa kerana dia seolah-olah takutkan Kim Seo Ryeong (Nam Goong Min) tapi dari sisi yang lain masih menghormati beliau. Dalam SBS Suspicious Partner, kes kriminal yang dilakukannya mendapat perhatian pendakwaraya yang dilakonkan Ji Chang Wook. Penulis dapat bayangkan wataknya seperti Mo Tae Gu (Kim Jae Wook) di dalam Voice di mana profil identitinya agak samar-samar kerana kelebihan penyakit amnesia yang dimilikinya.

Suspicious Partner yang turut dibintangi oleh aktres Nam Ji Hyun (menggantikan Han Ji Min) akan ditayangkan selepas Saimdang berakhir pada setiap hari Rabu dan Khamis. Pengguna Astro OneHD akan menikmati rancangan ini pada 11 Mei 2017.

Sumber: eNews24, dramabeans

 

loading...