[Undian] IOI, AOA, Dalshabet & Highteen: Korang nak siapa datang ke Malaysia?

 

Terkejut bukan? Salah seorang daripada mereka dijangka akan turun ke Malaysia untuk menggamatkan suasana pentas anugerah ERA yang akan berlangsung tak lama lagi. Khabarnya, mereka akan berduet dengan artis Malaysia dalam majlis anugerah berkenaan. Kmania telah diberi tugas untuk menentukan kumpulan idol mana kah berdasarkan pungutan suara di kalangan peminat Malaysia. Sila turun ke bawah sekali untuk mengundi.

Berikut sedikit maklumat mengenai keempat-empat idol ini:

HighTeen

  • Debut pertama kali pada Oct 2016
  • Trivia: Kesemua ahli mengaku tak pernah melakukan pembedahan plastik. Penampilan mereka adalah secara semulajadi.
  • Album: “Teen Magic”
  • Single: “Boom Boom Clap”

 

Dal Shabet

  • Debut sejak 2011.
  • Trivia: Nama Dal shabet dipetik daripada judul buku kanak-kanak dan pernah dikecam netizen gara-gara dikatakan menyalahgunakan tajuk buku kanak-kanak untuk tujuan hiburan. Serri, salah seorang kumpulan ini ialah bekas ahli gimnastik.
  • Album: “Bang Bang”
  • Single: “Joker”

IOI

  • Ditubuhkan sebaik saja muncul juara dalam program realiti Producer 101.
  • Trivia: IOI memenangi Rookie Artist of The Year dalam Golden Disk Award pada tahun 2017. IOI dilaporkan telah dibubarkan pada akhir Jan 2017 di mana setiap ahlinya telah kembali semula kepada agensi masing-masing.
  • Album: “Miss Me” , “Chrysalis”
  • Single: “Very Very Very”

https://www.youtube.com/watch?v=l1hxg1rY17I

AOA

  • Debut pertama kali pada 2012
  • Sangat terkenal di Japan
  • Trivia: Seolhyun sangat aktif sebagai pelakon dan pernah bercinta dengan Zico daripada Block B tetapi hanya mampu bertahan beberapa bulan kerana didesak oleh netizen. Gambarnya juga pernah dikeluarkan daripada web Visit Korea gara-gara kontroversinya dengan Jimin yang tersalah menyampaikan maklumat. Namun, Seolhyun kekal sebagai duta Visit Korea bersama Lee Min Ho.
  • Album: “Angel’s Knock”
  • Single: “Excuse Me”

https://www.youtube.com/watch?v=Y32HJ8x0HFI

 

 

Jadi apa lagi? Ayuh, undilah yang mana satu korang nak bawa ke Malaysia.

 

 

 

[polldaddy poll=”9716936″]

loading...