Yoo Ah In sangkal dakwaan ketumbuhan sumsum tulangnya sangat serius

Kelmarin, agensi Yoo Ah In melaporkan Yoo Ah In mempunyai ketumbuhan pada sumsum tulangnya tetapi tidak mencerahkan keseriusan penyakit yang dialaminya. Mereka beranggapan ia isu peribadi yang tak perlu diberitahu pada umum.

Pada hari ini pula, Yoo Ah In menafikan dakwaan bahawa tulang terkehel berlaku sebelum ini telah menyebabkannya mengalami ketumbuhan yang sangat teruk. Tambahan lagi, dia berkata ketumbuhan tersebut masih kecil dan tidak malignan seperti digembar-gembur dalam media sebelum ini. Malah, dia turut menafikan keadaannya yang sangat sakit dan sedang berlawan dengan kanser.

Yoo Ah In sedang menjalani pemeriksaan kesihatan sebagai persediaan untuk menjalani program khidmat negara yang akan berlangsung akhir tahun ini. Selain itu, Yoo Ah In juga sedang pertimbang tawaran lakonan drama terbaru tvN, Chicago Typewriter. Isu ini seringkali dimainkan pihak media yang mendakwa Yoo Ah In cuba melarikan diri daripada menjalani program khidmat negara kerana sakit.

Sumber: soompi, donga

loading...