Drama yang tengah hangat masa kini, Legend of The Blue menarik perhatian dengan beberapa babak yang agak mirip dengan Winter Sonata. Sim Chung (Jun Ji Hyun) berjanji menemui Heo Jeo Jae(Lee Min Ho) di menara Namsan pada hari pertama salju mula menurun. Namun takdir tak menyebelahi mereka apabila Sim Chung dilanggar kereta.
Babak ini mengingatkan kita pada Jun Sang (Bae Yoon Joon) yang kembali dari Amerika Syarikat yang mahu menunaikan janji untuk menyerahkan sarung tangan kepada terhadap Yu Jin (Choi Ji Woo). Namun, setibanya di sana, dia dilanggar kereta. Berita ini memberikan tamparan hebat buat Yu Jin kerana orang yang dicintainya, Jun Sang telah meninggal dunia selama-lamanya.
Setelah Sim Chung pulih daripada kemalangan, kerana kesal tak dapat bertemu di menara Namsan, Jeo Jae membawanya ke padang ski salji. Mereka bermain-main melontar salji tanda kedua-duanya sudah menyayangi antara satu sama lain. Babak yang dirakam ini sekilas dejavu sewaktu Jun Sang dan Yu Jin bermain-main salji di Pulau Nami.
Mengikut AGB Nielsen, siaran Episod 8 yang memaparkan babak-babak indah ini telah mencatatkan rating sebanyak 22% keseluruhannya, meningkat 4-6% berbanding sebelumnya dan 27.84% di bandar Seoul.
Saksikan episod terbaru 5 & 6 di cenel onehd, 393 setiap hari Khamis dan Jumaat.
Sumber: naver, donga