7 Sebab kenapa 2NE1 sukar untuk dilupakan selepas terbubar untuk selama-lamanya

May be an image of 4 people

2NE1 mengumumkan bahawa mereka telah dibubarkan, tetapi itu tidak bermakna Black Jacks akan membuatkan kumpulan itu mati dalam hati mereka. Berikut adalah beberapa sebab 2NE1 akan tetap terus kekal dihati peminat kpop untuk selama-lamanya.

YG ENtertaiment mengumumkan berita yang membuatkan semua peminat setia dunia K-Pop tersentap seketika, dimana 2NE1 telah dibubarkan secara rasmi pada 25 November 2016 . Kumpulan ini mula debut pada tahun 2019 dan dianggotai oleh empat orang wanita cantik: Park Bom (Bom), Sandara Park (Dara), Lee Chae Rin (CL) dan Gong Minji (Minzy). Mari kita mengambil masa seketika untuk mengenangkan sebab kenapa kita suka 2NE1 dan bagaimana kita akan sentiasa ingat mengenai kumpulan legenda ini.

  1. Memperkasa dan Menyampaikan Mesej Yang Bagus Melalui Lagu mereka

Bukan sahaja muzik 2NE1 mengubah gaya K-pop, semua lagu-lagu mereka juga telah  memberikan mesej yang kuat. Banyak lagu-lagu 2NE1 yang telah digubah mengikut kehidupan dan perasaan kita sehari-hari. Antara lagu 2NE1 yang terbaik pernah dihasilkan termasuklah ‘I am The Best’, ‘Lonely’ dan ‘Come Back Home’ yang menjadi siulan peminat kpop hingga kini.

Tema yang diterapkan sangat berkait rapat dengan kesepian, putus cinta, putus asa, tidak yakin diri dan banyak lagi. Melalui beberapa lagu mereka yang lain, mereka mengingatkan kita untuk terus kuat dan mengasihi diri kita sendiri walaupun menghadapi hidup yang sukar.

  1. Menunjukkan Imej sebagai wanita yang kuat.

2NE1 mengubah arus asas KPOP kumpulan perempuan di Korea, dari imej yang comel kepada imej wanita yang berkarisma. Hanya dengan 4 ahli kumpulan, 2NE1 mampu membuatkan suasana disekitar kita hangat dengan kehadiran mereka.

2NE1 mampu membuatkan kita terasa aura yang luar biasa demgam kecantikan dan bakat mereka. Keyakinan yang disampaikan apabila membuat persembahan membuatkan kita teruja melihat mereka. 2NE1 adalah kumpulan yang mampu dikenali dalam masa yang singkat didalam sejarah KPOP.

  1. Fesyen Ikon

Apabila kita melihat fesyen yang dipertengahkan oleh kumpulan 2NE1, mereka sentiasa berada dikedudukan yang teratas. Apa sahaja fesyen yang digunakan mereka sentiasa menjadi ikutan dan menjadi trend terkini.

Mereka sentiasa tampil dengan gaya yang menarik dan warna-warna yang ceria. Dari fesyen yang klasik hingga ke gaya yang bersahaja mereka sentiasa kelihatan menarik dan akan mendapat perhatian yang memberansangkan. Gaya 2NE1 setanding dengan kehadiran gaya terkini.

Dimana ketua kumpulan 2NE1, CL juga adalah pelopor didalan industri fesyen. Kehadiran CL akan dinanti-nantikan setiap kali berlangsungnya di ‘Fesyen week’ diseluruh dunia.

2NE1 adalah ikon fesyen yang sebenar!

clfashion-1

Jangan dilupakan juga dengan gaya rambut Sandara yang sangat berani yang selalu ditampilkan oleh penyanyi kecil molek ini. Gaya rambut yang akan kita ingat sampai bila-bila adalah ‘Gaya ekor Kuda’nya. Dara adalah perintis kepada ‘hair experimenting’.

cry9d-5ukaa44k5

 

  1. 2NE1 adalah Penyebar Pengaruh Antarabangsa Agak Besar di Zaman Kegemilangannya

2ne1 telah menjadi sangat popular di peringkat antarabangsa, terutamanya di negara-negara Barat. Pada awal pengelibatan 2NE1 didunia KPOP mereka telah berkerja dengan ‘composer’ terkenal dunia seperti WIL.IAM dan pereka fesyen terkemuka seperti Jeremy Scott.

“I AM THE BEST” adalah salah satu lagu hit yang telah memasuki papan carta di Hollywood. Sehinggakan bintang popolar Hollywood juga bercakap mengenainya. Antara artis yang selalu bercerita mengenai mereka adalah Emma Stone, Aisha Tyler, Kat Graham, dan Nina Dobrev. CL juga berkawan yang baik dengan Skrillex, Jared Leto, Pharrell Williams, MIA, dan banyak lagi!

Baca lagi: Diiktiraf artis solo Kpop perempuan pertama tembusi Amerika Syarikat, CL puji BTS berjaya langkaui sempadan yang tak mampu dilakukannya

Tidak dilupa juga CL 2NE1 mencipta kegemilangan tersendiri di bumi Amerika Syarikat apabila menjadi artis Kpop solo perempuan pertama menduduki carta Billboard Hot 100 pada posisi 94, dengan single keluarannya tersendiri, “Lifted” pada tahun 2016. Sehingga kini tahun 2021, rekod tersebut belum pernah dipatahkan oleh mana-mana artis Kpop solo perempuan.

Tidak lagi menjadi keraguan bahawa  2NE1 telah memainkan peranan yang besar dalam menyebarkan berita mengenai K-pop di seluruh dunia!

p2olx-1

 

  1. Setiap ahli mempunyai personaliti yang unik dan sangat disayangi.

Walaupun 2NE1 dikenali dengan imej yang agak berani, sebenarnya keempat empat mereka mempunyai personality yang unik dan tersendiri. Mereka suka bergurau dan membuatkan kita gembira melihat teletah mereka tidak kira dimana mereka berada.

Mereka menjadi diri mereka sendiri tanpa memgambil berat tentang pandangan orang lain.  Dimana akan kelihatan yang sangat menyenangkan hati semua peminatnya.

Dara dikenali dengan tarian ‘gila-gila’ dan Bom terkenal dengan video yang sentiasa viral dengan makanan.

Kita boleh melihat teletah mereka didalam rancangan TV popular mereka aitu 2NE1TV. Mungkin selepas ini, sekiranya kita rindu dengan 4 gadis ‘gila-gila’ ini kita boleh tonton kembali rancangan ini.

 

  1. Hubungan diantara ahli kumpulan yang kuat.

2NE1 bukan sahaja anggota kumpulan K-pop, tetapi mereka adalah sekumpulan rakan baik yang berjaya. Mereka sangat mengambil berat diantara satu yang lain, walaupun setelah mereka tidak bersama lagi.

Antara keadaan yang membuatkan kita terharu dimana, CL pernah membahayakan nyawanya sendiri untuk menyelamatkan ahli yang lain. Dimana, kejadian berlaku di Jepun. Ketika mereka sedang sebuk membuat persiapan untuk konsert, berlaku  gempa bumi yang kuat dimana semua orang diarahkan keluar dari bangunan. Tetapi apabila CL tersedar bahawa Dara tidak bersama-sama dengan mereka turun kebawah, CL telah berlari masuk semua kedalam bangunan untuk mencari Dara.

Baca lagi: 10 Insiden Menggerunkan Pernah Menimpa Idol Korea; Sebahagiannya Hampir Meragut Nyawa Mereka

Apabila ahli-ahli melakukan aktiviti solo, mereka akan memastikan untuk menghantar mesej galakkan satu sama lain di SNS mereka. Mereka juga bekerja dengan baik sebagai satu pasukan.

 

  1. Menghargai Peminat mereka (Black Jack)

2NE1 sentiasa tidak lupa untuk berterima kasih kepada semua peminatnya kerana sentiasa menyokong mereka dalam keadaan susah dan senang. Bagi 2NE1, peminat adalah sumber kekuatan mereka. Meraka adalah kumpulan KPOP pertama yang mempunyai peminat berdaftar di SNS dan disitu 2NE1 telah menyumpulkan peminatnya. Dara dijadikan sebagai pengurus kepada kelab tersebut.

Selain itu, Bom juga selalu menghargai peminatnya dengan membuat Tat buah-buahan dan kek dan memberikan kepada peminatnya sendiri.

Selepas melalui banyak kesukaran untuk sampai ke mana mereka berada sekarang, 2NE1 tetap rendah hati dan berterima kasih kepada semua Blackjack.

14940145_1451871861494738_3833615515298722572_o

14940145_1451871861494738_3833615515298722572_o-1