
DAESUNG Menyentuh Hati Peminat dengan Janji yang Menggugah Jiwa “Selagi anda memanggil saya, saya akan sentiasa berada di sini.”
Genting Highlands, 7 Jun – Selepas bertahun lamanya tidak beraksi di Malaysia, DAESUNG vokalis terkenal kumpulan legenda K-POP BIGBANG, akhirnya kembali seperti yang dinanti-nantikan. Kali ini sebagai artis solo. Jelajah Asia “D’s WAVE” 2025 telah berlangsung di Arena Stars, Resorts World Genting dengan sambutan luar biasa daripada peminat. Malam tersebut dipenuhi dengan muzik, sorakan dan…