“Mak, adakah saya secomel bayi ini dulu?” – Kangnam

Penyanyi berdarah kacuk Korea dan Jepun ini, Kangnam atau nama sebenarnya, Yasuo Namekawa, membuat satu kaspyen mesra tentang hubungannya dengan ibunya di media sosial dengan memuatnaik gambarnya sewaktu berusia satu atau dua tahun.

“Mak tunjukkan gambar ini. Wow, saya tanya..adakah saya secomel bayi ini dulu? “, kata Kangnam

Sambungnya lagi, “Mak cakap nak macam ini juga. Tetiba mak cerita kisah anak cucu pula ,” seolah-olah meminta Kangnam untuk mencari surihati dengan segera supaya maknya dapat memimang cucu secepat mungkin. Sebilangan netizen berharap Kangnam dapat memenuhi impian ibunya itu. Mereka turut memuji kecomelan gambar bayi berkenaan yang dipakaikan hanbok selain melihat Kangnam tersenyum mengadap kamera.

Kangnam  fasih berbahasa Jepun dan tak berapa pandai berbahasa Korea kerana beliau hanya mula menjejak kaki ke Korea pada tahun 2011 sewaktu berusia 24 tahun setelah debut dalam kumpulan M.I.G. Namun, sehingga 2018, beliau yang agak pelat berbahasa Korea ini berasa gembira dengan penerimaan rakyat Korea terhadapnya. Selain aktif membintangi rancangan realiti tv seperti tvN Law Of Jungle, beliau juga dijangka akan membintangi drama terbaru terbitan TV Chosun tak lama lagi.

Sumber: instagram Kangnam

loading...