Walaupun sudah memiliki lesen guaman, namun dunia pekerjaan bukan satu yang mudah buat Sa Dong Chan. Dia tak boleh suka-suka saja menyelesaikan kes sendiri kerana perlu tertakluk pada peraturan yang ditetapkan, serta terpaksa berhadapan dengan birokrasi dan pilih kasih. Oleh sebab itu, Sa Dong Chan gagal menjadi pendakwaraya sah seperti yang dikehendakinya sekian lama membuatkan dia terpaksa menyamar sebagai pendakwaraya bernama Baek Joon Hoo di sebalik identiti asalnya yakni seorang ‘con artist’.
Drama ini bermula dengan adegan pada masa lalu (sageuk), di mana Sa Dong Chan merupakan seorang sangat mahu menegakkan keadilan rakyat di bawah pemerintahan kerajaan zalim kerana mahu membanteras jenayah yang banyak berlaku. Di situ dia menemui wanita yang sangat cantik rupawan, tapi sebenarnya seorang yang mahir dalam seni pertahankan diri sehingga menghalang tugas siasatannya. Mereka dijelmakan semula pada masa hadapan di mana kali ini, Oh Hara ialah seorang pendakwaraya yang tomboy juga menghalang apa yang Baek Joon Hoo cuba lakukan. Tak disangka-sangka beliau bekerjasama pula dengan Sa Dong Chan, alias identiti Baek Joon Hoo. Dapatkah Oh Hara membalas balik?
Dibintangi oleh Jang Geun Seuk dan Han Ye Ri yang pernah tercalon Best Actress Actress CARI Kdrama Awards sebelum ini, drama ini diarahkan oleh Nam Tae Jin dan dinukilkan oleh penulis skrip SBS Suspicious Prosecutor, Baek Woon Chul. Saksikannya di ONE HD (cenel Astro 393) setiap hari Khamis/Jumaat jam 8.15pm .
https://www.facebook.com/sbsnow/videos/1916106838400986/
[fb_pe url=”https://www.facebook.com/sbsnow/videos/1916106838400986/” bottom=”30″]