Skechers Lancar Kolaborasi Eksklusif Bersama DK, SEUNGKWAN dan DINO SEVENTEEN

Skechers, jenama global yang terkenal dengan teknologi keselesaan serta kasut gaya hidup dan prestasi, memperkenalkan SKECHERS | SEVENTEEN DK, SEUNGKWAN & DINO Apparel Collection, iaitu kolaborasi rekaan pakaian pertama bersama tiga Duta Serantaunya, DK, SEUNGKWAN dan DINO daripada kumpulan K-pop popular SEVENTEEN.

Koleksi uniseks eksklusif ini menampilkan hasil kreativiti ketiga-tiga artis yang menterjemahkan lakaran tangan asli mereka kepada rekaan pakaian yang boleh dipakai, sekali gus memberi peluang kepada peminat memiliki koleksi yang diinspirasikan dan direka sendiri oleh idola mereka.

Koleksi tersebut merangkumi kemeja-T rajut lengan pendek, knit pullover dan jaket tenunan, dengan setiap rekaan menampilkan elemen yang mencerminkan personaliti serta minat DK, SEUNGKWAN dan DINO. Antara tema yang diketengahkan ialah penghormatan kepada Los Angeles, bandar kelahiran Skechers, selain inspirasi daripada sukan, muzik dan gaya hidup setiap ahli.

Kemeja-T rajut lengan pendek uniseks dijual pada harga RM149, diikuti knit pullover pada harga RM219, manakala jaket tenunan uniseks ditawarkan pada harga RM399.

Selain koleksi pakaian, Skechers turut memperkenalkan semula Court Classics Hotshot Collection yang menampilkan tiga pilihan untuk lelaki dan dua pilihan untuk wanita. Direka dengan teknologi Skechers Hands Free Slip-ins®, kasut ini turut dilengkapi Heel Pillow®, Air-Cooled Memory Foam® serta tapak luar fleksibel bagi memberikan keselesaan sepanjang hari.

Turut diperkenalkan ialah SKECHERS | SEVENTEEN Gift Set edisi terhad berharga RM459, yang merangkumi sepasang Court Classics Hotshot – Relegate, empat tali kasut boleh ditukar ganti dengan ilustrasi eksklusif hasil rekaan DK, SEUNGKWAN dan DINO, serta satu tali kasut dengan rekaan khas Skechers.

Sebagai bonus, setiap pembelian Gift Set akan menerima Photo Frame Charms Set edisi terhad yang menampilkan ketiga-tiga anggota SEVENTEEN tersebut.

Bersempena pelancaran koleksi ini, Skechers Malaysia turut memberi peluang kepada peminat untuk bertemu DK, SEUNGKWAN dan DINO menerusi sesi Meet & Greet eksklusif. Seramai 200 pemenang bertuah akan dipilih melalui kempen yang berlangsung sehingga 15 Ogos 2026, manakala pemenang akan diumumkan pada 18 Ogos 2026.

Peminat boleh mengikuti Instagram dan Telegram Skechers Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai koleksi ini serta aktiviti akan datang.