Lee Soo Hyuk Disambut Meriah di Malaysia, Ucap “Aku Cinta Padamu” kepada Peminat!

Kuala Lumpur, 16 Julai 2025 – Pavilion Kuala Lumpur menjadi tumpuan utama apabila Samsung Malaysia melancarkan peranti terbaharu mereka, Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7, dengan kehadiran istimewa duta jenama global dari Korea Selatan, Lee Soo Hyuk. Kehadiran pelakon dan model terkenal ini bukan sahaja mencuri perhatian peminat, malah menambah kemeriahan acara ini.

Acara eksklusif ini membawa rakyat Malaysia menelusuri perjalanan inovasi Samsung dalam teknologi boleh lipat sejak Galaxy Fold diperkenalkan pada 2019. Tahun ini, Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 tampil sebagai lambang gaya moden, fungsi pintar, serta inovasi kejuruteraan paling maju dari Samsung.

Pengunjung yang hadir ke Pavilion Kuala Lumpur telah disambut dengan ruang futuristik bertemakan Flow of Innovation, yang menyingkap evolusi peranti boleh lipat daripada konsep awal hingga menjadi penanda aras industri hari ini.

Lebih menarik, para pengunjung berpeluang melihat sendiri bagaimana Galaxy AI meningkatkan produktiviti melalui multi-tasking pintar, catatan lanjutan, serta integrasi rentas peranti. Zon bertema khas turut disediakan untuk mempamerkan aplikasi dunia sebenar Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7, selain memperkenalkan siri Galaxy Watch8 dan Galaxy Watch Ultra yang menekankan kesihatan, kecergasan, dan kesejahteraan mental.

Sebagai bintang utama acara ini, Lee Soo Hyuk hadir buat kali pertama di Malaysia dan disambut meriah oleh ratusan peminat setia yang menantinya di KLIA. Beliau melahirkan rasa teruja dan gembira dengan sambutan hangat peminat Malaysia, sambil mengucapkan terima kasih kepada Samsung kerana menjemputnya menghadiri pelancaran rasmi ini.

Dalam ucapannya, Lee Soo Hyuk turut berkongsi bahawa beliau adalah pengguna setia Samsung. Sebagai simbol sokongannya, beliau mengeluarkan Samsung Galaxy Z Fold7 dari poketnya dan menunjukkan keterujaannya terhadap inovasi baharu ini. Tidak ketinggalan, beliau juga sempat merakam selfie bersama para peminat menggunakan Galaxy Z Fold7, menjadikan momen tersebut penuh bermakna dan sukar dilupakan oleh semua yang hadir.

Lebih istimewa lagi, Lee Soo Hyuk menyentuh hati peminat apabila dengan penuh mesra beliau berkata, “Aku cinta padamu” kepada peminat Malaysia. Beliau membuatkan suasana di Pavilion KL bertambah gamat dengan sorakan dan kegembiraan.

Sebelum beredar, suasana menjadi lebih meriah apabila Lee Soo Hyuk sempat melayan peminat sepanjang perjalanan menuju ke keretanya. Beliau meluangkan masa menurunkan tanda tangan, merakam selfie bersama peminat, serta melambaikan tangan sambil mengucapkan “hi” dan “bye” kepada mereka. Sikap ramah beliau membuatkan peminat berasa dihargai dan menjadikan detik itu lebih istimewa.

Karisma dan gaya ikonik beliau mencerminkan identiti Galaxy Z yang elegan, versatil, dan penuh personaliti. Menjadikannya simbol sempurna untuk generasi baharu pengguna yang menghargai inovasi serta fesyen.

Kaunter pra-tempahan turut disediakan di Pavilion Kuala Lumpur, membolehkan pengunjung menjadi antara yang pertama memiliki Galaxy Z Fold7 atau Galaxy Z Flip7 dengan tawaran eksklusif, hadiah menarik serta promosi hebat.

Terima kasih kepada pihak SAMSUNG MALAYSIA ELECTRONICS (SME) SDN yang telah merealisasikan impian peminat Lee Soo Hyuk di Malaysia. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih atas peluang kepada KMania untuk merakamkan momen indah bersama Lee Soo Hyuk.

Jangan lupa untuk Follow dan Like KMania di FacebookTwitterInstagram , TikTok dan Youtube untuk tonton lebih banyak lagi video Lee Soo Hyuk di Pavillion Kuala Lumpur dan untuk mendapatkan lebih banyak perkembangan terkini tentang dunia hiburan Korea.