‘KPop Demon Hunters’ Curi Perhatian Global — Album Runut Bunyi Gegar Carta Billboard!

KPop Demon Hunters: Gabungan K-pop, Aksi dan Dunia Ghaib dalam Satu Animasi Hebat Netflix

Netflix sekali lagi mencetus fenomena global dengan siri animasi terbaharu mereka, KPop Demon Hunters, yang kini boleh distrim di platform tersebut. Menampilkan gabungan dunia K-pop dan elemen supernatural, animasi ini bukan sahaja menarik perhatian peminat hiburan Korea, tetapi turut melonjak dalam carta muzik antarabangsa.


Sinopsis

KPop Demon Hunters mengisahkan tiga bintang K-pop popular — Rumi (Arden Cho), Mira (May Hong), dan Zoey (Ji-young Yoo) — yang menjalani kehidupan berganda. Di siang hari, mereka merupakan idola terkenal yang menjual tiket konsert hingga habis, namun pada malam hari, mereka menyamar sebagai pemburu syaitan bagi melindungi para peminat daripada ancaman ghaib yang berterusan.

Ancaman terbesar mereka datang daripada kumpulan saingan — The Saja Boys, boy group yang sangat digilai ramai tetapi sebenarnya merupakan syaitan yang menyamar. Pertembungan antara dua kumpulan ini bukan sahaja penuh aksi, tetapi juga menyentuh elemen persahabatan, keberanian dan pengorbanan.


Barisan Pelakon Suara Bintang

Filem animasi ini menampilkan pelakon suara ternama yang menjadikan watak-wataknya lebih hidup dan berkesan:

  • Arden Cho sebagai Rumi
  • May Hong sebagai Mira
  • Ji-young Yoo sebagai Zoey
  • Ahn Hyo Seop (debut sulung sebagai pelakon suara Inggeris) sebagai Jinu, ketua The Saja Boys yang penuh karisma dan bahaya
  • Lee Byung Hun, Daniel Dae Kim, Ken Jeong, Joel Kim Booster, Yunjin Kim, dan Liza Koshy turut menyumbang suara dalam pelbagai watak penting

Fenomena Soundtrack Global

Lebih menarik, KPop Demon Hunters turut mencatat kejayaan besar dari segi muzik. Album runut bunyi rasmi siri ini berjaya debut di kedudukan ke-8 carta Billboard 200, menjadikannya soundtrack pertama tahun 2025 yang menembusi Top 10 dan juga debut tertinggi untuk mana-mana album soundtrack tahun ini.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan termasuk:

  • Take Down” dan “Golden” oleh kumpulan fiksyen HUNTR/X
  • Soda Pop” oleh The Saja Boys
  • Versi khas “Take Down” oleh Jihyo, Jeongyeon dan Chaeyoung (TWICE) turut dimuatkan serta lagu utama TWICE dalam bahasa Korea yang terkini, berjudul “Strategy.”

Menurut Billboard:

  • 27,000 unit SEA (penstriman setara album)
  • 3,000 unit jualan album
  • 1,000 unit TEA (penjualan trek digital setara album)

Kejayaan di Spotify

Lagu-lagu dari KPop Demon Hunters turut mendominasi Spotify Daily Top Songs Global pada 28 Jun:

  • “Golden” – No. 7
  • “Your Idol” – No. 11
  • “Soda Pop” – No. 17
  • “How It’s Done” – No. 19
  • “Free” – No. 34
  • “What It Sounds Like” – No. 39
  • “Take Down” – No. 57
  • “Take Down” (versi TWICE) – No. 100

Dengan kombinasi suara pelakon hebat, muzik K-pop yang catchy, dan jalan cerita aksi supernatural yang unik, KPop Demon Hunters berjaya membina tempat tersendiri dalam landskap hiburan global. Filem animasi ini bukan sekadar tontonan menarik, malah menjadi satu lagi bukti bagaimana budaya pop Korea terus menguasai pentas dunia. 

Jom tonton trailer rasmi Kpop Demon Hunters yang boleh distrim di Netflix

Sumber : 1 | 2