“Resident Playbook” Sajikan OST dengan Barisan Idol K-pop Terkenal

Drama hujung minggu terbaru tvN, “Resident Playbook”, mendedahkan barisan OST yang penuh bintang!

Pada 8 April, pasukan produksi “Resident Playbook” telah mengeluarkan poster barisan OST bersama sebuah video treler OST.

Sebagai sekuel kepada siri popular “Hospital Playlist”, “Resident Playbook” bakal memaparkan kehidupan hospital yang realistik dan dekat di hati, kisah perkembangan diri serta persahabatan menyentuh hati dalam kalangan doktor residen OBGYN di cawangan Jongro, Pusat Perubatan Yulje.

Poster yang didedahkan menampilkan nama-nama besar K-pop seperti Lee Know, Seungmin dan I.N daripada Stray Kids, Yujin daripada IVE, Doh Kyung Soo (D.O.), Winter daripada aespa, TXT, DK daripada SEVENTEEN, serta Minnie daripada (G)I-DLE. Selain artis terkenal yang bakal menyumbangkan suara mereka dalam OST, poster itu turut menggoda peminat dengan kehadiran penyanyi misteri yang identiti mereka masih belum didedahkan.

Pihak produksi berkata, “Selari dengan naratif tentang kehidupan anak muda yang bermula dari bawah, barisan OST ini disusun sepenuhnya dengan penyertaan idola muda. Muzik yang hadir dengan pelbagai personaliti dan emosi artis ini dijangka dapat menambahkan penghayatan penonton terhadap cerita.”

‘Resident Playbook’ akan mula ditayangkan dirangkaian tvN bermula 12 April ini dan tersedia untuk tontonan diplatform Netflix.

Sumber : 1