Pelakon Jo Bo Ah akan berkahwin dengan kekasih hati bukan selebriti Oktober ini

Pada 28 Ogos, sebuah media melaporkan bahawa Jo Bo Ah akan berkahwin dengan teman lelakinya yang bukan selebriti pada bulan Oktober.

Sebagai tindak balas kepada laporan itu, agensi Jo Bo Ah, Ah XYZ Studio mengeluarkan kenyataan rasmi, mengumumkan,

Jo Bo Ah telah bertemu seseorang yang berharga dalam hidupnya. Yang telah membina kepercayaan dan kasih sayang yang mendalam sejak sekian lama, dan mereka sepakat berjanji untuk menghabiskan sisa hidup mereka bersama pada musim luruh akan datang.

Majlis perkahwinan akan diadakan secara tertutup di lokasi di Seoul, memandangkan pengantin lelaki bukan selebriti dan untuk menjaga privasi kedua-dua keluarga. Kami sangat menghargai sokongan ramai yang sentiasa diberikan kepada pelakon Jo Bo Ah dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang. Kami mohon doa restu yang hangat daripada anda semua untuk Jo Bo Ah. Sebagai balasan kepada kasih sayang yang diberikan oleh peminat, beliau akan terus mempersembahkan lakonan yang cemerlang, jadi harap anda semua terus memberi minat dan sokongan yang padu

Selepas membuat penampilan sulung menerusi drama “Flower Band” pada 2012, Jo Bo Ah telah membintangi pelbagai projek drama termasuk “Sweet Stranger and Me,” “Degree of Love,” “My Strange Hero,” “Tale of the Nine-Tailed. ,” “Military Prosecutor Doberman,” dan “Destined With You.”

Jo Bo Ah kini sedang mempersiapkan drama romantik sejarah terbarunya yang berjudul “Hongrang” (tajuk kerja), di mana beliau akan berlakon bersama Lee Jae Wook. Selain itu, beliau juga terlibat dalam siri baru Disney+ yang bertajuk “Knock Off,” yang turut dibintangi oleh Kim Soo Hyun yang baru sahaja memulakan penggambaran.

Tahniah kepada pasangan bahagia ini!

Sumber : 1 | 2

loading...