Terlibat dalam kes jenayah seksual, Taeil disingkirkan dari NCT

SM Entertainment telah mengumumkan penyingkiran Taeil daripada NCT kerana jenayah seksual.

Pada 28 Ogos, SM Entertainment membuat pengumuman secara tiba-tiba di media sosial, dan telah mengejutkan peminat. Menurut catatan label itu, Taeil telah terlibat dalam kes jenayah kerana salah laku seksual, dan dia kini telah disingkirkan daripada NCT.

Berikut adalah kenyataan daripada SM Entertainment.

Ini adalah SM Entertainment.

Kami baru-baru ini mengesahkan bahawa Taeil telah terlibat dalam kes jenayah berkaitan salah laku seksual.

Selepas mengesahkan fakta berkaitan perkara ini dan menyedari betapa seriusnya keadaan, kami telah memutuskan bahawa Taeil tidak lagi boleh meneruskan aktivitinya bersama pasukan dan telah memutuskan untuk menyingkirnya daripada kumpulan itu selepas berbincang dengannya.

Pada ketika ini, Taeil bekerjasama sepenuhnya dengan siasatan polis, dan kami akan membuat kenyataan lanjut bergantung kepada perkembangan siasatan.

Kami amat memohon maaf atas kebimbangan dan masalah yang ditimbulkan oleh artis kami.

Taeil atau nama penuhnya Moon Tae-il adalah ahli kumpulan NCT yang aktif sejak kumpulan itu debut pada April 2016  Dia membuat debutnya dengan unit NCT U. Taeil kemudiannya menyertai sub-unit NCT 127 yang berpangkalan di Seoul pada Julai 2016. Dia kemudian mengambil bahagian secara aktif di bawah naungan NCT 127 bersama lapan ahli lain.

Untuk maklumat tambahan, akaun media sosial NCT dan NCT 127 berhenti mengikuti Taeil berikutan dakwaan jenayah seksual itu.

Taeyong NCT, yang kini sedang berkhidmat dalam tentera, telah memadamkan semua foto kumpulan yang turut menampilkan Taeil. Selain itu, Taeil tidak lagi mengikuti sesiapa sahaja di akaun Instagramnya dan bilangan pengikutnya telah menurun kepada sifar. Begitu juga, Doyoung yang turut memadamkan semua orang daripada senarai pengikutnya, termasuk Taeil. Hacechan juga tidak lagi mengikut bekas ahli kumpulan itu.

Nantikan maklumat terkini!

loading...