Min Hee Jin undur diri sebagai CEO ADOR namun akan kekal sebagai produser NewJeans

Min Hee Jin telah meletakkan jawatannya sebagai CEO ADOR.

Menurut ADOR, “Min Hee Jin tidak akan lagi berkhidmat sebagai CEO, tetapi akan kekal sebagai pengarah dalaman syarikat. Dia akan meneruskan peranannya dalam menghasilkan NewJeans.”

Pengumuman pengunduran diri Min Hee Jin diumumkan pada 27 Ogos dan HYBE melantik Kim Joo Young, pakar dalam bidang sumber manusia (HR) untuk menggantikan Min Hee Jin.

ADOR juga mengumumkan perubahan struktur dalam syarikat, dengan menyatakan, “Jabatan pengeluaran dan pengurusan kini akan dipisahkan. Walaupun sistem pengurusan berbilang label telah dilaksanakan secara konsisten merentas semua label, ADOR sebelum ini merupakan pengecualian, dengan CEO menyelia pengeluaran dan pengurusan.”

Syarikat itu menekankan, “Dengan penstrukturan semula kakitangan dan organisasi ini, ADOR komited untuk menyokong sepenuhnya pertumbuhan dan kejayaan masa depan NewJeans.”

Berikut adalah Kenyataan Rasmi daripada ADOR

Kami ingin memaklumkan kepada anda tentang perkembangan terkini di ADOR.

Pada 27 Ogos, ADOR mengadakan mesyuarat lembaga pengarah dan melantik Kim Joo Young, pengarah dalaman ADOR, sebagai CEO baharu. Kim Joo Young ialah pakar sumber manusia dengan pengalaman luas dalam pelbagai industri dan akan memberi tumpuan kepada penstabilan dan penstrukturan semula organisasi.

Min Hee Jin akan melepaskan jawatannya sebagai CEO tetapi akan kekal sebagai pengarah dalaman di ADOR. Dia juga akan mengekalkan peranannya dalam menghasilkan NewJeans.

Selain itu, struktur dalaman ADOR akan mengalami perubahan, dengan pemisahan yang jelas antara pengeluaran dan pengurusan. Walaupun sistem pengurusan berbilang label telah dilaksanakan secara konsisten merentas semua label, ADOR adalah pengecualian, dengan CEO yang menyelia pengeluaran dan pengurusan.

Dengan perubahan kakitangan dan penstrukturan semula organisasi ini, ADOR komited untuk menyokong sepenuhnya pertumbuhan berterusan dan kejayaan NewJeans.

Terima kasih.

Susulan kenyataan ADOR, wakil Min Hee Jin membuka suara. Mereka berkata keputusan untuk menggantikan CEO dibuat secara sepihak sahaja.

“Min Hee Jin tiba-tiba dimaklumkan pada hari Sabtu, 24 Ogos, bahawa akan ada mesyuarat pemegang saham pada 27hb dengan agenda menukar jawatan CEO. Dia menghadiri mesyuarat itu melalui panggilan telefon. Keputusan untuk memecat CEO Min Hee Jin dibuat secara sebelah pihak tanpa persetujuannya, yang jelas melanggar perjanjian pemegang saham.”

“Syarikat (HYBE) mengumumkan bahawa Min Hee Jin akan kekal sebagai pengeluar NewJeans, tetapi ini tidak pernah dibincangkan dengannya dan merupakan pemberitahuan sebelah pihak daripada syarikat itu,” tambah mereka.

Sumber itu menjelaskan lagi bahawa tiada apa yang diputuskan berhubung isu ini.

Sumber : 1 | 2

loading...