Lee Je Hoon siap sedia memandu peminat terokai “JEHOON’s Favorite” di Kuala Lumpur September ini

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pelakon berbakat serta versatile Lee Je Hoon yang telah mencipta namanya dengan mencabar dirinya dengan apa sahaja peranan yang ditawarkan. Wataknya sebagai Kim Do Gi, dari drama “Taxi Driver” telah mencetuskan fenomena dikalangan peminat drama Korea sekaligus berjaya mengukuhkan lagi namanya dalam industri.

Apa yang paling menarik dan menggembiran peminat Lee Je Hoon, di mana pelakon itu akan mengunjungi Kuala Lumpur buat pertama kali pada September ini. Di bawakan oleh Lapten Agency, 2024 LEE JE HOON FANMEETING ASIA TOUR “JEHOON’s Favorite” di KUALA LUMPUR akan diadakan pada Sabtu, 21 September, bertempat di Plenary Hall, KLCC bermula jam 5 Petang.

Jika sebelum ini peminat hanya menonton lakonannya menerusi skrin kecil (K-drama) dan skrin besar (filem),  kini  anda berpeluang untuk menatap wajahnya secara langsung serta bertentangan mata secara berdepan. Pada pertemuan itu kelak, penonton  bukan sahaja berpeluang berinteraksi dengan Lee Je Hoon, malah dapat menonton persembahan menarik daripada beliau yang pastinya disediakan khas buat peminatnya di Kuala Lumpur.

Semasa kecil, Lee Je Hoon tidak mengimpikan untuk menjadi bintang. Dia mendapati minatnya untuk berlakon ketika di universiti dan mengambil keputusan untuk berhenti dari Universiti Korea untuk menyertai Sekolah Drama di Universiti Seni Kebangsaan Korea. Dia membuat penerokaan pertamanya sebagai pelakon menerusi  filem pendek “They Live by Night”  diusia 23 tahun pada 2007 dan menerima kejayaan besar dalam filem indie “Bleak Night” pada tahun 2010 apabila menyapu bersih trofi Best New Actor di berbagai acara anugerah. Antara filem terbaik lain lakonan Lee Je Hoon adalah seperti “I Can Speak”, “Architecture 101” dan “Phantom Detective”.

Bagi hasil kerjaya di dunia drama, popularitinya meningkat naik dan mendapat perhatian apabila membintangi drama jenayah “Signal” pada 2016 sebagai Park Hae Young. Siri itu mengisahkan sekumpulan detektif yang boleh berhubung antara masa lalu dan masa kini melalui sebuah walkie-talkie yang lama. Lakonannya yang penuh meyakinkan mendapat pujian ramai. Tidak terhenti disitu, lakonan Lee Je Hoon terus diiktiraf ramai apabila membintangi drama seperti “Tomorrow With You”, “Taxi Driver”, “Move to Heaven”, “Taxi Driver 2” dan terbaru “Chief Detective 1958”.

Siri “Taxi Driver” berjaya meletakkan nama Lee Je Hoon dipuncak global dan drama itu juga berjaya merekodkan purata tontotan tertinggi sehingga produksi drama setuju untuk menyambung siri itu sehingga musim ke-3 yang mana musim ke-2 ditayangkan pada 2023. Watak Kim Do Gi sebagai dark hero yang berani yang membawa teksi premium hitam di bawah kelolaan Rainbow Taxi dengan trademark line terkenalnya “5283, kami terbuka untuk perniagaan”  berjaya menarik perhatian ramai peminat drama kerana aksinya yang begitu hebat dan kepelbagaiannya dalam membawakan pelbagai watak dengan baik.

Sepanjang karier lakonannya, Lee Je Hoon telah memenangi pelbagai anugerah daripada beberapa majlis anugerah berprestij seperti Anugerah Grand Bell Korea Selatan, Anugerah Drama SBS, Anugerah dan Anugerah Busan International. Buat pertama kali Lee Je Hoon berjaya merangkul Daesang-nya (Hadiah Utama) menerusi drama “Taxi Driver 2” di Anugerah Drama SBS 2023. 

Sama ada membwakan watak sebagai polis, penipu atau apa sahaja, Lee Je Hoon berjaya memikat penonton dengan senyuman nakal dan gaya berjalannya yang tegas, tidak kira betapa suram subjek ceritanya. Untuk pengetahuan, Lee Je Hoon kini merupakan salah seorang pengasas agensi Company On, yang kini merupakan agensi pengurusannya.

Jom tonton dahulu klip video pendek yang mana Lee Je Hoon menyapa peminatnya di Malaysia.

Penjualan Tiket dan Faedah Peminat

Nikmati sendiri jelajah ‘fan concert’ Lee Je Hoon di Kuala Lumpur dengan tiga pilihan tiket: VVIP (RM838), VIP (RM668), dan CAT1 (RM458), di mana semua pemegang tiket dari semua kategori layak untuk menyertai sesi selamat tinggal dan menerima sekeping poster rasmi.  Harga yang dinyatakan tidak termasuk yuran pemprosesan. 

Tiket telah mula dijual pada 1 Ogos 2024 dan boleh didapati di ticketmelon.com. Peminat juga boleh menikmati pembayaran menggunakan Atome dan PayLater oleh Grab apabila anda membeli tiket laman rasmi.

Untuk faedah peminat yang lain, sila rujuk pada poster di bawah.

Selain itu, para peminat juga boleh mendapatkan barangan rasmi Lee Je Hoon selagi tersedia di ticketmelon.com sebagai kenang-kenangan.

Bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini, peminat dinasihatkan agar mendapatkan tiket daripada pihak yang telah dipertanggungjawab sahaja.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, sila follow media sosial rasmi Lapten Agency:
Facebook (https://www.facebook.com/Lapten.agency/)
Instagram (https://www.instagram.com/lapten.agency/)
X (https://www.twitter.com/lapten_agency/)
TikTok (https://www.tiktok.com/@lapten.agency/)  

loading...