Orangnya katik saja. Tapi, dia makin ‘hot’ gara-gara kejelesan ditunjukkannya dalam siri SBS , Jealousy Incarnate yang baru melabuhkan tirainya , macam orang sudah gila talak.
Sesiapa yang menonton Jealousy Incarnate pastinya terkesima dengan lakonan ‘one-man show’ Jo Jung Suk sebagai pembaca berita Lee Hwa Shin yang komited , tetapi tampil melucukan kerana dia tak teragak-agak mahu dapatkan balik wanita yang dia pernah ‘reject’ sebelum ini walaupun terpaksa melepaskan ego. Segala gaya tubuh badan, ekspresi mata dan dialog yang kemas menyebabkan sesiapa yang patutnya benci pada ‘Hwa Shin’ boleh terjatuh cinta dengan lakonannya, yang ini mereka katakan sebagai seni lakonan.
Ketrampilan Jo Jung Suk sebagai aktor seni bukannya bermula di sini. Beliau bermula perlahan-lahan sebagai penggiat teater sebelum melangkah ke persada perfileman dan drama. Siapa sangka tukang masak yang ceria dan tegas dalam tvn – Oh My Ghost dan bodyguard raja yang pemalu dalam MBC – King 2 Hearts dan kapel muda mampu mempelbagaikan pakej lakonannya dari suatu yang ‘asas’ kepada seluruhnya sebagai aktor.
Ianya tak begitu mudah. Impian Jo Jung Suk sebenarnya ialah mahu menjadi pemain gitar untuk mendendangkan lagu-lagu klasik. Namun, atas nasihat daripada paderi Evagelist , dia berubah fikiran. Paderi menyarankannya untuk persembahkan dirinya yang mana Jo Jung Suk akhirnya memilih bergerak dalam teater muzikal. Dia debut melalui teater Nutcracker sebelum menyerlah sebagai idol muzikal teater kemudiannya menerusi Greece, All The Work dan Man Piercing The Wall. Dengan kepakarannya mempergayakan lakonan teater dengan menyanyi sambil menari, ianya memantapkan lagi seni lakonan versatil Jo Jung Suk sebelum bergerak ke dunia ‘mainstream’.
Peluang Jo Jung Suk ke industri perfileman bermula apabila dia diminta mengisi kekosongan watak pembantu dalam ‘Introduction to Architecture’ setelah produksi dilewatkan gara-gara kesibukan aktor masing-masing. Peluang itu digunakan Jo Jung Suk untuk menunjukkan sisi lakonan yang orang kurang ambil tahu seperti yang dikomen CEO Shin Jae Myung, “Jo Jung Suk persembahkan karakter unik yang orang sukar untuk meniru”.
Bintang muzikal ‘Crescendo’ ini menyinar setelah membawakan watak penuh pemalu dan ikhlas sebagai bodyguard raja kepada Lee Seung Gi tetapi akhirnya berhadapan dengan tragedi. Lakonannya disanjung dan telah mendapat pencalonan beberapa anugerah akhir tahun MBC dan turut tercalon sebagai Best Supporting Actor dalam CARI K Drama Awards. Dia meneruskan kerjayanya menerusi drama mingguan KBS – Lee Shoo Shin bersama dengan IU dan filem ‘My Love My Bride’ yang mendapat pengiktirafan box office sebanyak 2.14 juta penonton.
Oh My Ghost pula menjadi tempat Jo Jung Suk untuk menyerlahkan bakat komedi romantiknya. Jo Jung Suk bersahaja menyatakan , “Sekarang bebas untuk saya buat melodramatik dan juga komedi. Rasa begitu gembira untuk disebarkan. Ianya kelakar, tetapi boleh jadi tak kelakar, gambaran dualiti di mana perwatakan sesuatu yang unik wujud di antara kelembutan menjadi merit kepada tukang masak bernama Kang Sung Wo”
Tema Jealousy Incarnate yang lebih provokasi memaksimakan versaliti aktor Jo Jung Suk ini. Seorang gadis mencintai kedua-dua lelaki dalam masa yang sama, bertiga-tigaan serumah dan kedua-duanya menunggu gadis itu membuat pilihan. Ada orang katakan drama ini mengeksplotasi hubungan tiga segi. Walaupun skripnya hebat, ianya tak begitu mudah untuk tarik minat penonton menyukai Hwa Shin sebaliknya. Jo Jung Suk berkata, “Saya pernah cuba untuk dapatkan cinta daripada seorang gadis, tapi tak berjaya, berulang-ulang berlaku macam saya ini budak kecil .” Namun, ianya tampak berhasil pada Lee Hwa Shin seperti yang dikritik oleh wartawan yang mempersetujui bahawa Lee Hwa Shin berjaya diterjemah dengan lakonan yang penuh kreatif dan berseni.
Parodi , “Aku tak mudah untuk diyakinkan. Yakinkanlah aku” yang dipopularkan Jo Jung Suk menerusi siri realiti tvn – Youth Than Flower menjadi inspirasi kepada penulis skrip Jealousy Incarnate lalu dimuatkan dalam episod ke 18 drama berkenaan. Lee Hwa Shin dan Jo Jung Suk, kedua-duanya agak setara meninggalkan impresi sangat kuat buat peminat kdrama.