Penyanyi idol daripada kumpulan kpop popular didakwa buat bunyi bising sehingga ganggu jiran

Seorang penyanyi daripada kumpulan kpop popular dikecam kerana membuat bunyi bising sehingga mengganggu jirannya.

Pada 10 Mac 2022, seorang netizen menulis di dalam suatu laman komuniti forum berjudul, “Membongkar bunyi bising yang diadukan ke atas penyanyi kumpulan kpop popular.”

Menurut B,  A telah membuat bunyi bising hampir tiap-tiap hari hingga malam hari sejak berpindah ke unit terletak di atas rumahnya. Netizen itu pada awalnya tidak mahu mendedahkan perilaku A kerana menyangka ada budak tinggal sekali dan pernah mengetuk siling dengan harapan mereka dapat menghentikan bunyi bising berikut.

Disebabkan terlalu bising, B kemudiannya mengadu kepada pihak agensi A dengan menuliskan email kepadanya, namun setakat ini belum mendapat respons. Usahanya seakan-akan tidak diacuhkan oleh pihak agensi.

Lantaran itu, netizen kemudiannya membuat spekulasi dengan menamakan beberapa artis Kpop yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Sebilangan netizen lain pula tidak menolak kemungkinan jika A tidak berkahwin sekalipun, A sudah pasti tinggal bersama keluarganya yang memiliki adik yang masih kecil.

Sumber: sport chosun

loading...