Seorang pelatih rancangan survival terbitan MBC, ‘The Teenage Girl’, Choi Yoonjung mendapat tumpuan hari ini apabila video dipercayai dirinya sedang merokok tertular di laman sosial.
Berdasarkan video yang tertular tersebut, gadis yang mirip dengan Choi Yoonjung itu didapati menghembuskan asap rokok dengan usianya yang dianggarkan baru belasan tahun. Bagaimanapun, video berkenaan telah dipadamkan kemudian.
Dalam hantaran berbeda di komuniti forum pula, Choi Yoonjung dituduh sebagai kaki buli serta pernah mencuri sesuatu daripada Daiso dan kedai mudah beli berdekatan.
Choi Yoonjung yang merupakan pelatih daripada YG Ent. kini sedang bergelut untuk memastikan dirinya menjadi finalis MBC The Teenage Girl agar dapat ‘debut’ di dalam kumpulan kpop baru nanti. Pertandingan bersemuka antaranya dengan Kim Ri Won baru-baru ini di dalam MBC The Teenage Girl telah mendapat pujian daripada juri Soyeon G-idle dan rata-ratapeminat Kpop di atas persembahan tarian lagu Crazy yang menakjubkan.
Sumber: pann, theqoo, twitter, enews