Wah, nampaknya syarikat penerbangan Korean Air telah melantik SuperM sebagai duta global yang baru!
Korean Air adalah sebuah syarikat penerbangan terbesar Korea dan pembawa bendera. Pada 6 November, mereka mengumumkan bahawa SuperM akan menjadi duta global mereka. Dengan pengumuman yang dibuat itu, syarikat tersebut turut melancarkan foto pesawat yang tertera foto-foto ahli SuperM.
Menjelang pengumuman, Korean Air telah berkongsi teaser mengenai kerjasama syarikat tersebut dengan SuperM dan kemudian menayangkan video keselamatan yang baru di mana ia akan ditayangkan untuk semua kapal terbang di bawah pengurusan Korean Air. Lagu bagi projek Korean Air x Super M berjudul “Let’s Go Everywhere” akan dikeluarkan pada 18 November ini, dan dengan hasil yang diperolehi dari trek tersebut, ianya akan didermakan kepada kempen “Global Citizen” yang dijalankan oleh Projek Kemiskinan Global.
SuperM kini sedang bersiap sedia untuk mengadakan persembahan “We Are the Future Live” di seluruh bandar utama di Amerika Utara, bermula di Texas, AS pada 11 November dan akan menjelajah ke bandar-bandar lain seperti Chicago, New York City, Los Angeles, Seattle dan Vancouver, Kanada. Mereka juga akan memperkenalkan album mini pertama mereka dan berkomunikasi dengan para peminat menerusi acara siri jelajah tersebut.
Sumber : xportnews