[Gempar] Ahn Jae Hyun tergamak mahu ceraikan Ku Hye Sun juga walaupun dirayu-rayu untuk bagitahu ibunya terlebih dulu?

Ku Hye Sun, isteri kepada pelakon Ahn Jae Hyun berkongsi berita menyedihkan apabila membuat kapsyen mengejutkan mengenai keretakan rumahtangga mereka di laman instagram peribadinya pada awal pagi tadi, 18 Ogos 2019.

Menurut Ku Hye Sun, suaminya akan membuat pengumuman tentang penceraian mereka sendiri, yakni pernah dilakukan oleh Song Joong Ki ke atas Song Hye Kyo sebelum ini. Bagi mempersiapkan ‘serangan’ daripada pihak suaminya tak lama lagi, Ku Hye Sun telah berkongsi beberapa mesej peribadi antara dirinya dan suaminya untuk tatapan netizen. Ahn Jae Hyun dilihat merayu untuk mempercepatkan proses penceraian mereka manakala Ku Hye Sun memerlukan masa untuk berbuat demikian.

Berikut adalah keratan dialog antara mereka,

‘Ahn Jae Hyun’: Aku dah bagitahu krew “New Journey to The West” yang aku akan umumkan sendiri penceraian kita minggu depan dan juga kenyataan media yang kau bagi kat aku tiga hari lepas. Aku tengah berbincang lagi dengan krew “New Journey to The West”.

Ku Hye Sun: Bukan minggu depan. Tengok macam mana keadaan mak aku.

Ku Hye Sun: Bagi aku, “New Journey to The West” tak penting berbanding keadaan mak aku sekarang.

‘Ahn Jae Hyun’: Kita kan sudah capai persetujuan? Sekarang tinggal siap dokumen saja. Jumpa-jumpa ini buang masa saja. Buat seperti yang dirancangkan, dan aku akan jumpa mak kau nanti.

‘Ahn Jae Hyun’: Aku dah maklumkan (bagitahu nak jumpa).

Ku Hye Sun: Aku dengar kau nak jumpa mak aku. Bagitahu bila kau nak jumpa dia.

Ku Hye Sun: Macam kau pujuk dia masa kita nak kahwin dulu, bertanggungjawab dan pujuk dia yang kita akan bercerai. Dokumen bukannya susah sangat.

Keratan mesej pertama yang dipaparkan di sini dipotong daripada keseluruhannya. Ku Hye Sun kemudian menyambung dengan keratan mesej keduanya memperjelaskan bahawa suaminya dikatakan tidak berani untuk memaklumkan hal penceraian itu di depan emaknya.

‘Ahn Jae Hyun’: ….Hmmm Aku tak fikir senang nak selesaikannya. Aku rasa sukar untuk mak kau menerimanya, dan aku pun terbeban sekali. Baik kita ikut apa yang dirancangkan, dan aku akan jumpa dia hari lain.

Ku Hye Sun: Kerja kau lebih penting daripada mak aku?

Ku Hye Sun: Kau cakap ini buat aku meluat.

‘Ahn Jae Hyun’: Okay, aku akan cakap sendiri dengan mak kau dengan telefon.

‘Ahn Jae Hyun’: Cuma aku tak tau macam mana nak cakap saja.

Ku Hye Sun: Tapi, kau kena bertanggungjawab. Kalau kau bacul dan tak berhati perut begini, aku takkan berdiam diri.

Ku Hye Sun: Jumpa dia sekarang dan minta maaf… bahawa kau tak tunaikan janji kau dengannya ketika kita sudah menjadi suami isteri.

Ku Hye Sun: Kenapa pulak kata kerja lebih penting? Kalau betul kerja lebih penting daripada mak aku, aku takkan biarkan ia terjadi.

Paparan mesej yang dimuatnaik oleh Ku Hye Sun menerusi laman instagram miliknya.

Sementara itu, agensi HB Entertainment yang mewakili kedua-duanya dihubungi untuk kenyataan lanjut. “Kami sudah pun baca berita tentang Ku Hye Sun dan Ahn Jae Hyun. Kami akan periksa dengan mereka, dan akan buat kenyataan rasmi mengenainya tak lama lagi.”

Ahn Jae Hyun dan Ku Hye Sun telah melangsungkan perkahwinan pada 21 Mei 2016. Mereka dilaporkan mula bercinta sejak membintangi drama KBS Blood bersama-sama sebelum ini.

Sumber: OSEN, spottvnews

loading...