Yoo Seung Ho akan menjadi anak chaebol rebutan gadis di dalam drama terbaru, “Superstar Miss Lee”?

Yoo Seung Ho sedang memilih projek drama seterusnya selepas SBS My Strange Hero. Beberapa tawaran drama sedang ditelitinya termasuklah “Superstar Miss Lee”,yang akan diadaptasikan daripada judul novel web Naver yang sama.

“Superstar Miss Lee” berkisarkan tentang seorang pekerja syarikat P. Shopping, Lee Yeo Jung yang bertukar roh dengan seorang pelakon terkenal selepas terbabit di dalam kemalangan. Yoo Seung Ho akan memegang watak sebagai Im Jung Wo, pengurus besar P Shopping merangkap anak chaebol pemilik syarikat P Group. I Jung Woo bukan saja daripada keluarga kaya-raya, tetapi juga mempunyai resume yang sangat bagus selain wajahnya yang tampan.

Menurut BS Company, mereka mengesahkan “Superstar Miss Lee” merupakan salah satu projek yang sednag dipertimbangkan oleh Yoo Seung Ho. Tiada maklumat lanjut tentang siapakah heroin yang bakal menerajui drama ini, pengarah yang ditugaskan serta cenel manakah bakal dipilih. “Superstar Miss Lee” dirancangkan tayangannya menjelang penghujung tahun ini atau awal tahun 2020.

Sumber : OSEN

loading...