D-Crunch yang juga dikenali sebagai Diamond Crunch bermaksud mereka dapat menghancurkan berlian yang dibentuk oleh elemen yang paling keras , kumpulan kpop lelaki yang sedang meningkat naik ini datang ke Malaysia buat pertama kalinya untuk bertemu empat mata dan berinteraksi dengan lebih dekat lagi dengan Diana, nama diberi untuk para peminat mereka.
Kumpulan yang terdiri dari 9 orang jejaka yang tampan dan berbakat ini telah ‘debut’ secara rasmi pada 6 Ogos 2018 di bawah naugan All-S Company. Mereka baru sahaja memenangi tempat pertama dalam ‘2019 Dream Star Audition’ di Japan pada 18 Mac lepas setelah berjaya menawan hati peminat-peminat mereka di Japan dengan persembahan yang menarik dan kelebihan mereka bertutur dalam bahasa Jepun dengan fasih.
Dari kiri: Jeongseung, Chanyoung, Hyunwook, O.V, Dylan, Hyunwoo, Minhyuk, Hyunoh, Hyunho
Sidang media untuk ‘tour’ mereka kali ini diadakan di Silka Hotel Cheras sebagai penaja rasmi hotel. D-Crunch datang ke Malaysia dengan harapan mereka dapat berjumpa dengan Diana lebih kerap lagi dan juga peminat dari negara-negara lain. Mereka juga memberitahu di sebalik pemilihan nama Diana untuk peminat mereka adalah bermaksud ‘Goddess of Light’. D-Crunch yang menjadikan BTS sebagai ‘role model’ mereka merupakan contoh untuk mereka sentiasa bergerak maju ke hadapan hingga ke peringkat antarabangsa dan dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan ‘role model’ mereka. Ketua D-Crunch, O.V juga berkongsi rahsia bahawa ahli D-Crunch, Hyunoh iaitu ‘main dancer’ kumpulan ini gemar untuk melakukan ‘break dancing’ di bilik asrama mereka.
Chanyoung, salah seorang ahli D-Crunch membuktikan beliau seorang yang fleksibel.
Setelah selepas sidang media di waktu pagi, D-Crunch bertemu Diana di Level 2, Fahrenheit88 Shopping Mall, KL pada waktu petang. Mereka bermain ‘game’ iaitu menari bersama-sama para peminat yang bertuah mengikut lagu yang dipilih selain mempersembahkan pelbagai lagu mereka iaitu ‘Stealer’ dan ‘I Miss You’. Selain itu, mereka juga mengambil gambar kumpulan bersama-sama dengan Diana yang hadir.
D-Crunch mempersembahkan lagu mereka untuk Diana.
D-Crunch juga bakal menjelajah ke pelbagai tempat di Kuala Lumpur dan juga di Penang Arts Week di George Town. Apalagi, tanda kalender anda mengikut tarikh-tarikh seperti di bawah. Untuk Diana, semoga dapat berjumpa anda di sana, Untuk D-Crunch, selamat maju jaya, fighting!
Tarikh | Masa | Tempat |
23/3/2019 | 6.30PM | Alfresco Area (outdoor), Gurney Plaza |
24/3/2019 | 7.00PM | Penang Arts Week, Padang Kota Lama (Esplanade), Geroge Town |
29/3/2019 | 7.30PM | Level 1, Sunway Velocity Mall (in front of Sunway Pharmacy & World of Sunway) |
30/3/2019 | 2.00PM | 3rd Floor, Da Men Mall |
31/3/2019 | 2.00PM | MiTA Tourism Carnival, MAEPS Serdang |