Produksi tvN ‘www’ dijangka bakal menghimpunkan Lee Da Hee, Im Soo Jung dan Jang Ki Yong. Ketiga-tiga mereka masih menimbangkannya.
Tawaran drama tvN ‘www’ sudah lama bertebaran sejak dari November 2018 sebelum Jang Ki Yong mengesahkan penglibatannya di dalam drama OCN ‘Blue Eyes’ kelmarin. Apapun, Jang Ki Yong belum membuat apa-apa keputusan untuk membatalkan tawaran drama ini yang diberikan kepadanya.
Lee Da Hee akan memegang watak sebagai Cha Hyeon, yang mempunyai hubungan unik dengan aktor muda. Dia dikatakan seorang yang agak kejam untuk dicop mengalami sindrom cepat marah. Tapi, apabila menemui aktor muda tersebut, dirinya berubah dan mengenali apa itu erti sesebuah percintaan.
Manakala, Im Soo Jung pula akan membawa watak Bae Ta Mi, seorang pekerja syarikat enjin carian yang sentiasa positif dan sanggup mengambil risiko untuk menghasilkan kerja yang bagus. Kali terakhir Im Soo Jung menyertai drama korea ialah menerusi tvN Chicago Typewriter dua tahun lepas bersama Yoo Ah In sehingga lakonannya itu melayakkannya menerima pencalonan Best Actress 6th CARI Kdrama Awards.
Tak dipastikan watak apakah bakal dipegang oleh Jang Ki Yong melainkan aktor muda yang akan didamba kasih oleh Lee Da Hee. Kedua-duanya mungkin akan menjadi ‘leads’ ke-2 yang akan merancakkan perjalanan cerita drama ini yang bakal dikarang oleh penulis maknae, Kwon Eun Sol. Dan, sudah semestinya ada kekosongan untuk watak pelakon utama lelaki yang belum dinyatakan secara spesifik lagi.
tvN ‘www’ yang diarahkan oleh PD Jung Ji Hyun ini akan membicarakan isu feminism tentang kelompok wanita berusia yang bekerjaya tinggi walaupun ada antaranya sudah bersuami.
Sumber: IS Plus , joins , ytn co