KUALA LUMPUR – Yang dinanti-nantikan pelakon versatil kesayangan ramai, Lee Je Hoon, Kembali pada tanggal 11 April lalu. Satudewan ZEPP KL bergema dengan jeritan peminat yang hadir untuk bersama Oppa kesayangan di acara yang bertemakan [OUR 20th MOMENT].
Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-20 penglibatannya dalam industri seni, hero siri hit Taxi Driver yang mesra disebut-sebut sebagai Abang Teksi oleh peminat Malaysia ini membuktikan dia bukan sekadar berbakat di depan lensa kamera. Servis peminat tahap unggul berjaya mencairkan setiap hati peminat yang hadir.
Bagi yang terlepas, jom kita recap momen-momen best sepanjang acara berlangsung

1. Buka Tirai Dengan Vokal Bikin Cair
Tepat jam 6:00 petang, dewan terus gamat apabila Lee Je Hoon muncul di pentas mendendangkan lagu romantis 커피 한 잔 할래요 (Would You Like a Cup of Coffee?) nyanyian asal Paul Kim. Aura bersahaja dan vokal merdu beliau pantas membuatkan dewan bertukar menjadi lautan peminat yang fangirling moment.
View this post on Instagram
2. Sesi Q&A & Sisi Peribadi Cute Ahjussi ( terlalu muda lah kan)
Selepas Hani mengambil alih pentas, acara diteruskan dengan sesi Soal Jawab (Q&A). Waktu inilah peminat dapat dengar sendiri perkongsian eksklusif daripada mulut Lee Je Hoon. Banyak trivia menarik mengenai kerjaya dan sisi peribadinya yang dikongsi. Rupa-rupanya, hero kita ni kelakar orangnya…

3. ‘Fan Service’ Gred A & Permainan Interaktif
Bukan Fan Meeting namanya kalau tiada sesi game. Sebanyak 3 sesi Permainan Interaktif telah diadakan, dan gelagat spontan Lee Je Hoon memang tak kering gusi dibuatnya. Beliau sangat sporting beramah mesra dengan peminat, membuktikan gelaran gentleman itu memang layak untuknya. MENDEBARKAN HATI yaaa.

4. Belanja Dua Lagi Lagu Popular K-Drama
Di pertengahan majlis, Abang Teksi sekali lagi membuai emosi dewan dengan lagu 일종의 고백 (A Kind of Confession) yang cukup popular menerusi drama My Liberation Notes.
Sebagai penutup majlis yang sempurna, beliau merakamkan kenangan manis menerusi Sesi Bergambar Beramai-ramai sebelum menghadiahkan lagu BEAUTIFUL (OST Goblin nyanyian Crush) sebagai lagu perpisahan. Memang goosebumps.

Secara keseluruhannya, [OUR 20th MOMENT] di Kuala Lumpur ini bukan sekadar acara biasa, tetapi sebuah dedikasi istimewa daripada Lee Je Hoon buat peminat setianya. Memang memori sepetang yang takkan dilupakan.

Bagi yang nak share pendapat, jangan lupa tinggalkan komen — momen mana yang paling buat korang tak boleh move on malam tu?
Jangan lupa follow dan like KMania di Facebook, Twitter, Instagram , TikTok, Threads dan Youtube untuk lebih banyak update hiburan Korea, termasuk perkembangan terbaru [Our 20th Moment] 2026 LEE JE HOON FANMEETING in Kuala Lumpur.



