KID PHENOMENON, kumpulan tarian dan vokal tujuh anggota yang mewakili budaya TOKYO NEO POP, secara rasmi melancarkan single ketujuh mereka, “Mirror”, hari ini. Sejak debut utama mereka pada 2023, kumpulan yang diuruskan oleh LDH JAPAN dan bernaung di bawah Sony Music Entertainment ini telah menempatkan semua single terdahulu mereka dalam carta Oricon Top 5.
“Saya sangat menyukai bunyi lagu ini, yang mempunyai nuansa nostalgia. Saya juga rasa ia sangat serasi dengan vokal KOTA dan TSUBASA, jadi saya teruja mendengar lagu ini dipersembahkan oleh mereka,” kongsi anggota KENSUKE SOREMATSU mengenai impresi pertama terhadap lagu tersebut.
“Mirror”: Nada Lebih Lembut dan Kontemplatif
“Mirror” menampilkan perubahan tonal yang ketara, menawarkan feel yang lebih mellow dan kontemplatif berbanding “Black Flame”, lagu berenergi tinggi mereka yang dilancarkan pada November lalu.
Cerminan Pengalaman Gen Z
Lagu ini direka untuk menepati pengalaman generasi Gen Z. Liriknya, ditulis oleh Donguri Ameno, menyelami emosi bercelaru dalam diri anak muda, meluahkan pemikiran yang sering ditelan sendiri dan perasaan sebenar yang jarang diungkap dalam dunia digital yang semakin berkembang.
Lagu ini berperanan sebagai himne introspektif, di mana kumpulan bergerak menjauhi “sophisticated power” karya terdahulu untuk meneroka tema yang lebih rapat dengan pengalaman dan perasaan sebenar.
KENSUKE turut berkongsi pemikirannya mengenai lirik lagu itu:
“Saya sangat relate dengan baris ini:
「嫌われたって自分でいたい そう言えたら見える景色変わるの」
‘Saya mahu menjadi diri sendiri, walaupun tidak disukai. Jika saya boleh berkata begitu, pemandangan yang saya lihat akan berubah.’
Sekarang saya yakin dengan diri sendiri, tapi dahulu tidak. Saya pernah bertindak mengikut jangkaan orang atau cuba elak menonjol. Walaupun mahu menjadi diri sendiri, saya bergelut untuk itu, jadi lirik ini benar-benar mengingatkan saya tentang tempoh itu dalam hidup saya.”
Momentum Fenomenal di Pentas Antarabangsa
Pelancaran “Mirror” hadir selepas tempoh pertumbuhan antarabangsa yang ketara bagi KID PHENOMENON. Kumpulan ini semakin mengukuhkan kehadiran global mereka, termasuk penampilan terbaru di SXSW 2026 di Austin, Texas, sebuah konferens muzik dan seni antarabangsa yang penting, menandakan pencapaian besar bagi kumpulan ini.
Sebelum itu, pada 6 Februari 2026, mereka muncul dalam Thailand Music Countdown Live Special, yang menarik kira-kira 400 peminat hadir secara langsung dan lebih 10,000 penonton melalui siaran langsung YouTube, dengan tontonan serentak mencecah 1,450. Ini susulan debut antarabangsa mereka pada 2025 di Vietnam, di mana mereka mewakili kumpulan lelaki Jepun dalam program “Tân Binh Toàn Năng (Show It All Vietnam)”.
Menerima sokongan luar biasa daripada peminat Asia Tenggara, KENSUKE berkata,
“Saya sangat gembira melihat muzik dan mesej KID PHENOMENON sampai ke peminat di Asia Tenggara. Ia meningkatkan keyakinan dan motivasi kami. Melalui persembahan di luar negara, matlamat kami sejak debut — untuk menjadi kumpulan global — mula terasa lebih nyata, dan kesemua tujuh anggota kini lebih bersemangat.”
2026: Era “KIDS00’s”
Perjalanan KID PHENOMENON pada 2026 dijangka meningkat pada musim panas ini dengan KID PHENOMENON LIVE TOUR 2026 “KIDS00’s”. Bermula Julai, jelajah berenergi tinggi ini akan melintasi 11 bandar di Jepun, termasuk Tokyo, Osaka, dan Hiroshima, sambil kumpulan terus membentuk generasi baharu J-POP.
KENSUKE berkongsi satu pesanan terakhir untuk pendengar:
“‘Mirror’ mempunyai bunyi yang nostalgia dan meninggalkan kesan yang mendalam, tetapi liriknya sangat berkait dengan kebimbangan dan keresahan yang kita alami dalam dunia hari ini. Lagu ini sesuai didengar bila-bila masa — sama ada ketika gembira atau ketika mahu terus melangkah ke hadapan — jadi saya harap semua orang akan mendengarnya dengan kerap!”
“Mirror” kini boleh didapati di semua platform penstriman digital utama.

