“Perfect Crown” Janjikan Drama Romantis & Politik Dengan Noh Sang Hyun, Gong Seung Yeon, Yoo Subin & Ramai Lagi

Drama baharu MBC, “Perfect Crown”, bakal ditayangkan pada bulan April secara eksklusif di Disney+, menggabungkan romansa, kuasa politik, dan konflik keluarga diraja dalam satu siri yang penuh debaran. Berlatar dalam alam semesta alternatif di mana Korea moden adalah monarki berperlembagaan, drama ini mengisahkan Seong Hui Ju (IU), pewaris chaebol yang memiliki segala-galanya tetapi hanya rakyat biasa dari segi status, dan Putera Mahkota Ian (Byeon Woo Seok), seorang putera yang tiada apa-apa walaupun merupakan anak raja. Drama ini juga menyorot perancangan licik, strategi keluarga, dan hubungan sokongan yang membentuk konflik serta ketegangan di istana dan dunia politik.


Kuasa Politik & Martabat Diraja : Noh Sang Hyun & Gong Seung Yeon

Noh Sang Hyun membawa watak Min Jung Woo, Perdana Menteri muda dari keluarga politik berpengaruh. Dengan penampilan menawan, kepintaran, dan peribadi hangat, beliau dianggap lelaki bujang paling idaman ramai. Walaupun nampak sempurna di luar, Min Jung Woo jarang menunjukkan perasaannya yang sebenar, namun perubahan halus dalam hatinya menimbulkan persoalan tentang bagaimana emosinya akan mempengaruhi hubungan politik dan keluarga.

Gong Seung Yeon pula memegang watak Yoon Yi Rang, Permaisuri Janda yang lahir daripada keluarga berprestij. Dia belajar mengawal emosinya sejak kecil dan menerima takdirnya dengan tenang. Namun, selepas anaknya naik takhta, kehadiran ahli keluarga yang berpengaruh menimbulkan rasa tidak tenteram. Penonton pasti tertanya-tanya sama ada Yoon Yi Rang mampu melindungi anak dan takdirnya hingga akhir.

Dalam stills pertama, Min Jung Woo dan Yoon Yi Rang menonjol dengan aura elegan—Min Jung Woo memancarkan karisma seorang pemimpin, sementara Yoon Yi Rang menunjukkan martabat keluarga diraja.


Pembantu Setia: Yoo Su Bin & Lee Yeon

Yoo Su Bin membawa watak Choi Hyun, pembantu peribadi yang setia dan berani. Di sebalik imej ceria, dia menonjolkan kesetiaan membara, sentiasa berada di sisi majikannya dan bersikap tegas bila perlu.

Lee Yeon pula membawa watak Do Hye Jung, setiausaha utama yang cekap dan berdedikasi. Dengan gaya yang sentiasa menyesuaikan diri mengikut situasi, dia mempamerkan keanggunan dan kepakaran yang menjadikan dirinya pembantu ideal.

Keserasian dan kerjasama Choi Hyun dan Do Hye Jung dijangka menjadi salah satu elemen penting yang menarik penonton.


Pasangan Suami-Isteri: Lee Jae Won & Chae Seo An

Seong Tae Ju (Lee Jae Won), anak sulung Castle Group, berkahwin dengan Han Da Young (Chae Seo An), anak perempuan bekas menteri kehakiman, selepas hubungan panjang. Pasangan ini menikmati kehidupan harian penuh kasih sayang dan kesetiaan antara satu sama lain.

Berbeza dengan kisah perkahwinan kontrak yang berlaku di keluarga diraja, Seong Tae Ju dan Han Da Young menjalani percintaan sebenar dan menghadapi persaingan halus dengan ahli keluarga lain, terutamanya Seong Hui Ju. Kisah mereka dijangka menjadi tarikan utama drama ini.


Apa Yang Menanti Penonton

“Perfect Crown” menjanjikan gabungan drama politik, romansa istana, konflik keluarga, dan hubungan sokongan yang kuat antara watak utama dan pembantu mereka. Penonton boleh menantikan keserasian hebat dan cerita penuh strategi, kuasa, dan kasih sayang.

Saksikan “Perfect Crown” secara eksklusif di Disney+ mulai April ini, dan jangan lepaskan update terkini drama yang penuh konflik ini!

Sumber : 1 | 23