Ada sesuatu yang tenang namun penuh makna apabila kita meluangkan masa menonton drama yang benar-benar menyentuh jiwa—yang mencerminkan realiti kehidupan wanita yang rumit, tidak sempurna, namun tetap indah.
Rakuten Viki, destinasi utama hiburan Asia, meraikan wanita di seluruh dunia sempena Hari Wanita Antarabangsa dengan koleksi khas drama Korea popular yang diterajui watak wanita.
Bertajuk “Viki Celebrates Women”, koleksi ini akan dipaparkan di halaman utama Viki, mengetengahkan kisah-kisah yang mengangkat penceritaan berfokuskan wanita—daripada permainan kuasa di bilik mesyuarat, perjalanan penyembuhan yang perlahan, hinggalah kisah cinta yang meninggalkan kesan mendalam.
Untuk membantu penonton bermula, Rakuten Viki telah memilih judul-judul menonjol mengikut mood dan emosi—daripada watak wanita yang tabah menempuh perjalanan mencari jati diri, hinggalah wanita berkerjaya yang berani memecah halangan.
Untuk Malam Bila Anda Nak Rasa Sesuatu
Love Me

Seo Jun Kyung (Seo Hyun Jin) nampak macam ada semua—kerjaya hebat sebagai pakar obstetrik dan kehidupan yang teratur. Tapi di dalam hatinya, ada luka lama dari tragedi keluarga yang belum sembuh. Bila seorang pengarah muzik bebas jiwa pindah sebelah rumah, tembok yang dia bina mula retak. Love Me cerita tentang kelemahan, proses sembuh, dan keberanian untuk buka hati pada orang lain.
My Mister

Lee Ji An (IU) seorang wanita muda yang penat dan terbeban dengan hutang serta tanggungjawab hidup. Bila dia bertemu Park Dong Hoon (Lee Sun Kyun), seorang lelaki pertengahan usia yang juga ada masalah sendiri, mereka saling memahami lebih daripada cinta. Drama ini sangat menyentuh hati dan penuh emosi.
Yumi’s Cells

Patah hati memang sakit, tapi proses nak sembuh lagi susah. Yumi’s Cells tunjuk semua emosi Yumi (Kim Go Eun) melalui sel-sel animasi dalam fikirannya, semasa dia belajar tentang cinta, patah hati, dan perkembangan diri. Cerita ini dekat dengan realiti kita sehari-hari.
Bitch X Rich

Gelap, tegang, dan penuh aksi! Selepas menyaksikan pembunuhan, Kim Hye In (Lee Eun Saem) pindah ke sekolah elit di mana kuasa dan rahsia menentukan segalanya. Dia perlu bijak buat keputusan untuk selamatkan diri dalam dunia penuh tipu daya.
Bila Anda Rasa Macam Nak Jadi CEO
Love Scout

Kang Ji Yun (Han Ji Min) bina empayar headhunting dari bawah dan berjaya dalam dunia korporat. Tapi hidup peribadinya tak semudah kerjayanya. Bila setiausahanya mula ambil peranan lebih besar, hubungan mereka mula berubah dengan cara yang tak dijangka.
Agency

Go Ah In (Lee Bo Young) bukan sekadar nak duduk di meja kuasa—dia nak memimpin. Agency tunjukkan perjalanan dia naik pangkat dalam syarikat besar dan bertekad jadi eksekutif wanita pertama. Drama ini tunjuk ketabahan dan azam wanita untuk berjaya.
First Lady

Cha Su Yeon (Eugene) hampir jadi wanita paling berkuasa dalam negara, tapi tiba-tiba suaminya failkan cerai. Apa yang berlaku seterusnya ialah kisah seorang wanita yang enggan hidupnya dikawal orang lain. Drama ini campur politik dan drama peribadi, tunjuk dia ambil semula kawalan hidupnya.
Bila Nak Hiburan Ringan & Romantik
Weightlifting Fairy Kim Bok Joo

Kisah comel tentang Kim Bok Joo (Lee Sung Kyung), atlet angkat berat muda yang kejar impian dan belajar tentang diri sendiri. Ada persahabatan tulus dan sedikit romansa—peminat K-drama mesti suka!
Doctors

Yoo Hye Jung (Park Shin Hye) dulu remaja nakal tanpa arah. Tapi dengan bimbingan mentor, dia bangkit jadi pakar bedah yang cekal. Drama ni santai tapi memuaskan, tunjuk watak wanita yang bangkit dari bawah.
Suspicious Partner

Apabila pelatih guaman Eun Bong Hee (Nam Ji Hyun) jadi suspek utama kes pembunuhan, seorang pendakwa raya datang bantu cari kebenaran. Ada suspense dan romansa—kombinasi yang seronok nak tonton.
Dari cerita penyembuhan yang tenang hingga perjuangan penuh semangat, dari bilik mesyuarat ke mahkamah dan koridor sekolah—semua cerita ni tunjuk macam mana wanita hadapi cabaran, berkembang, dan tentukan kejayaan mereka sendiri.
Koleksi “Viki Celebrates Women” kini boleh distrim di Rakuten Viki, dengan lebih banyak judul menarik untuk diterokai.

