Heeseung Tinggalkan ENHYPEN: National Pension Service Diserbu Panggilan Peminat, Gangguan Operasi Terjejas

Keputusan Heeseung untuk meninggalkan ENHYPEN mengejutkan peminat dan turut mencetuskan gangguan operasi kepada institusi kewangan terbesar Korea Selatan, National Pension Service (NPS).

Pada 10 Mac, HYBE melalui anak syarikatnya, BELIFT LAB, mengumumkan bahawa Heeseung akan meninggalkan kumpulan bagi meneruskan kerjaya sebagai artis solo. BELIFT LAB menyatakan, “Melalui perbincangan mendalam dengan setiap ahli tentang masa depan yang mereka impikan dan hala tuju kumpulan, jelas bahawa Heeseung mempunyai visi muziknya sendiri dan kami memutuskan untuk menghormatinya.” Heeseung turut menulis surat tangan kepada peminat mengenai pengundurannya.

Reaksi Peminat & Gangguan Operasi NPS

Susulan pengumuman pengunduran Heeseung daripada ENHYPEN, peminat antarabangsa mengadakan kempen di media sosial, menggesa mereka menghubungi National Pension Service (NPS), salah satu pemegang saham utama HYBE, sebagai tanda protes. Beberapa hantaran turut menyebarkan nombor hotline Pusat Sokongan Pencen Antarabangsa, mendorong panggilan telefon dan emel beramai-ramai.

Pada 18 Mac, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif NPS, Kim Sung Joo, mengeluarkan kenyataan rasmi di Facebook berhubung insiden ini. Beliau menyatakan bahawa operasi di Pusat Sokongan Pencen Antarabangsa telah terganggu buat sementara waktu minggu lalu akibat lonjakan mendadak panggilan dan lebih 1,500 emel diterima dalam tempoh dua jam, melumpuhkan operasi pusat sokongan.

“Pusat kami menyediakan perkhidmatan pencen untuk pekerja asing di Korea serta rakyat Korea di luar negara. Akibat insiden ini, mereka yang menghubungi untuk perundingan pencen mengalami kesulitan yang ketara,” jelas Kim. Beliau menegaskan bahawa NPS adalah pelabur jangka panjang yang diamanahkan untuk mengurus dana persaraan rakyat dan tidak terlibat dalam urusan dalaman syarikat, pembentukan kumpulan K-pop, atau susunan ahlinya.

Apa itu NPS & Peranannya

National Pension Service ialah dana pencen awam Korea Selatan yang mengurus dana persaraan rakyat dan bertindak sebagai pelabur institusi jangka panjang. NPS melabur dalam pelbagai syarikat di lebih 80 negara di seluruh dunia, tetapi tidak terlibat dalam pengurusan syarikat, keputusan kakitangan, atau hal-hal dalaman syarikat hiburan. Dengan kata lain, NPS tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pembentukan atau susunan ahli K-pop, termasuk ENHYPEN.

Keadaan Terkini & Keputusan Solo Heeseung

Walaupun peminat ENHYPEN mengadakan kempen besar-besaran menggesa BELIFT LAB supaya Heeseung kembali ke kumpulan sambil meneruskan aktiviti solo, pada 15 Mac, BELIFT LAB menegaskan kepada The Korea Herald bahawa Heeseung tidak akan kembali ke ENHYPEN.

“Beliau mempunyai keputusan artistik yang jelas untuk diteruskan, dan kami memutuskan untuk menghormatinya,” kata agensi itu. Menurut BELIFT LAB, kerana jadual ENHYPEN yang “sangat padat”, mereka menyimpulkan bahawa “meneruskan kerjaya solo sepenuhnya di luar kumpulan adalah penyelesaian terbaik bagi semua pihak.”

Setakat ini, Heeseung belum muncul di mana-mana publik atau memberi sebarang update tentang keadaan terkininya melalui media sosial. Kehilangannya daripada arus media dan sosial menimbulkan tanda tanya mengenai keadaannya, dan peminat sangat berharap untuk mengetahui perkembangannya semasa fan call yang dijadualkan pada 22 Mac.

Baca juga:

ENHYPEN Kongsi Mesej Pertama Selepas Heeseung Tinggalkan Kumpulan

[TERKINI] Heeseung Tinggalkan ENHYPEN, Titip Surat Menyentuh Hati Buat Peminat

Perkembangan ENHYPEN Selepas Pengunduran

ENHYPEN membuat persembahan pertama mereka sebagai kumpulan enam ahli pada 14 Mac di Annyeong, Melbourne Music Festival di Australia. Perkembangan lanjut mengenai Heeseung masih menjadi tumpuan peminat antarabangsa.

Walaupun insiden ini berpunca daripada gerakan peminat di media sosial, pihak NPS menegaskan bahawa ia hanya mengurus dana persaraan rakyat, dan insiden ini menjadi peluang untuk memperjelaskan peranan sebenar mereka kepada orang ramai.

Sumber: 1 | 2 | 3 |