Yoon Bomi Apink, Bakal Kahwin Dengan Penulis Lagu Rado Selepas 9 Tahun Bercinta

Ahli kumpulan Apink, Yoon Bomi,, bakal menamatkan zaman bujangnya bersama penulis lagu Rado pada Mei tahun hadapan selepas menjalin hubungan sejak 2017.

Pengumuman dibuat melalui kenyataan rasmi oleh agensi Yoon Bomi, WITH US Entertainment, yang meminta peminat untuk “memberi sokongan hangat kepada pasangan ini semasa mereka memulakan bab baharu dalam hidup mereka.”

“Bomi bakal berkahwin dengan pasangan tercinta yang telah berada di sisinya untuk tempoh yang lama. Walaupun selepas berkahwin, Bomi akan terus aktif sebagai ahli Apink, pelakon, dan penghibur, dan akan berusaha membalas sokongan peminat dengan lebih matang dan bertanggungjawab,” kata agensi itu.

Rado juga mengesahkan berita tersebut melalui agensinya, High Up Entertainment:

“Ketua produksi kami, Rado (Song Joo Young), telah bertemu dengan pasangan tercinta dan akan berkahwin pada Mei tahun hadapan. Walaupun selepas berkahwin, Rado akan terus berdedikasi sepenuhnya terhadap kerjanya sebagai ketua produksi di High Up Entertainment.”

Selain itu, Yoon Bomi turut berkongsi berita itu secara langsung kepada peminat melalui surat tulisan tangan di fan cafe rasmi Apink:

“Saya telah memutuskan untuk berkongsi masa depan saya dengan seseorang yang telah berada di sisi saya untuk tempoh yang lama, berkongsi saat-saat harian bersama melalui masa-masa gembira dan tidak menentu.

Saya akan terus hidup dengan rasa tanggungjawab yang tinggi dan berjanji untuk membalas sokongan peminat dengan aktiviti yang lebih baik, baik sebagai ahli Apink mahupun sebagai Bomi. Terima kasih atas kasih sayang dan sokongan anda selama ini.”

Sedikit info latar belakang:

  • Yoon Bomi, lahir pada 1993, debut sebagai ahli Apink pada 2011.
  • Rado, lahir pada 1984, merupakan ketua produksi kumpulan STAYC dan pernah menghasilkan lagu hit untuk artis K-pop lain termasuk Twice dan Chungha, selain mencipta lagu untuk Apink seperti “Only One” (2016) dan “Hush” (2012). Beliau kini merupakan CEO dan ketua produksi di High Up Entertainment.

Apink dijadualkan untuk mengeluarkan EP ke-11 bertajuk “Re: Love” pada 5 Januari tahun hadapan bagi menyambut ulang tahun ke-15 debut kumpulan.

Tahniah kepada pasangan ini!


Sumber : 1 | 2 | 3