Menjelang tahun baharu, kosmos sedang bergerak — begitu juga kehidupan cinta anda. Sama ada anda mengharapkan permulaan baharu, percintaan penuh drama, atau aura “watak utama”, alam semesta sudah sediakan jodoh K-drama yang sesuai untuk anda. Bayangkan takdir, drama, dan pandangan rindu dalam gerak perlahan yang sempurna.
Prime Video akan tunjukkan siapa jejaka (atau bakal jejaka) K-drama yang sepadan dengan bintang anda. Dari pemimpin berani hingga romantis berhati lembut, inilah padanan skrin paling sesuai berdasarkan zodiak anda.Jom semak siapa jodoh ideal anda!
♑ Capricorn (22 Disember – 20 Januari)
Berazam, stabil dan sangat boleh diharapkan, Capricorn mendekati cinta dengan niat yang jelas — dan komited untuk jangka panjang. Walaupun kelihatan pendiam pada awalnya, kesetiaan mereka sangat mendalam apabila sudah membuka hati. Bagi Capricorn, cinta sejati dibina sedikit demi sedikit melalui kepercayaan, usaha dan cita-cita bersama. Mereka paling serasi dengan pasangan yang sabar, menenangkan dan matang dari segi emosi.
Jodoh K-drama anda:

- Noh Ki-jun — The Divorce Insurance
- Wi Jeong-sin — Nice to Not Meet You
♒ Aquarius (21 Januari – 19 Februari)
Bebas, inovatif dan luar kebiasaan, Aquarius mengikut rentak kosmik sendiri. Mereka mendambakan perbualan mendalam, hubungan tidak dijangka, dan pasangan yang menghargai kebebasan mereka. Tiada apa yang lebih mematikan minat selain cuba mengawal emosi atau mengongkong mereka. Aquarius berkembang dengan pasangan yang berfikiran terbuka, memahami, dan menyokong sepenuhnya kebebasan mereka.
Jodoh K-drama anda:

- Bae Gyeon-u — Head Over Heels
- Ryu Hong-ju — Tale of the Nine Tailed 1938
♓ Pisces (20 Februari – 20 Mac)
Berjiwa pemimpi, romantik dan sangat intuitif, Pisces mencintai sepenuh hati — merasai setiap emosi dengan warna yang hidup. Mereka mendambakan ikatan jiwa dan cinta bak kisah dongeng, walaupun sifat idealistik mereka membuatkan mereka mudah terluka. Bagi Pisces, cinta itu magis. Mereka paling serasi dengan pasangan yang lembut, stabil dari segi emosi dan penyayang.
Jodoh K-drama anda:

- Lee Ji-han — Wedding Impossible
- Nam Ja-yeon — No Gain No Love
♈ Aries (21 Mac – 20 April)
Berani, bertenaga dan tanpa rasa takut, Aries mengharungi hidup dengan penuh semangat. Mereka sukakan cabaran, adrenalin dan peluang untuk memimpin. Dalam cinta, Aries tidak separuh jalan — mereka menyelam terus dan mengharapkan api yang sama. Padanan sempurna? Pasangan yang yakin, gemar berpetualang dan cukup berani untuk berlari seiring nyala mereka.
Jodoh K-drama anda:

- Yoon Dong-ju — GOOD BOY
- Kang Young-joo — Newtopia
♉ Taurus (21 April – 20 Mei)
Boleh diharap, sensual dan menggemari keselesaan hidup, Taurus mendambakan kestabilan serta perkara yang lembut, tenang dan memanjakan. Mereka jatuh cinta perlahan tetapi tulus, mengutamakan hubungan yang dibina atas kepercayaan, konsistensi dan keprihatinan. Ya, mereka boleh degil — namun sifat inilah yang menyuburkan kesetiaan mendalam dan berkekalan. Taurus paling serasi dengan pasangan yang sabar, penyayang dan menenangkan emosi.
Jodoh K-drama anda:

- Yoo Ji-hyuk — Marry My Husband
- Oh Baek-ryun — My Man Is Cupid
♊ Gemini (21 Mei – 21 Jun)
Cekap berfikir, ingin tahu dan petah berbicara, Gemini hidup untuk idea baharu, perbualan meriah dan pengalaman yang sentiasa berubah. Dalam cinta, mereka suka bermain-main dan memerlukan pasangan yang merangsang minda dan hati. Ya, mereka boleh tidak menentu — tetapi tidak pernah membosankan. Gemini bersinar dengan pasangan yang ekspresif, fleksibel dan gemar menyelami perbualan yang menyemarakkan jiwa.
Jodoh K-drama anda:

- Myung Gu-ho — Confidence Queen
- Ye So-rang — The Forbidden Marriage
♋ Cancer (22 Jun – 23 Julai)
Emosi, intuitif dan sangat penyayang, Cancer mencintai sepenuh hati dan tidak takut menunjukkannya. Mereka menghargai hubungan rapat dan keselamatan emosi, sering mengutamakan orang tersayang. Di sebalik kelembutan, tersimpan sifat pelindung yang kuat. Cancer paling serasi dengan pasangan yang baik hati, sabar dan peka emosi.
Jodoh K-drama anda:

- Kim Jib-sa — May I Help You
- Park Seong-a — Head Over Heels
♌ Leo (24 Julai – 23 Ogos)
Yakin, berkarisma dan sukar diabaikan, Leo bersinar di pusat perhatian dan gemar dihargai. Berhati hangat dan dramatik, mereka setia sepenuhnya apabila sudah komited. Bagi Leo, cinta itu berani, penuh ghairah dan sukar dilupakan. Pasangan ideal mereka adalah yang penyayang, menyokong dan berani berkongsi — serta meraikan — sinar mereka.
Jodoh K-drama anda:

- Baek Eun-ho — Marry My Husband
- Seo Ji-woo — Surely Tomorrow
♍ Virgo (24 Ogos – 23 September)
Praktikal, teliti dan setia secara senyap, Virgo menzahirkan cinta melalui tindakan penuh makna, bukan kata-kata besar. Mereka menghargai kejujuran, usaha dan kematangan emosi. Walaupun kelihatan pendiam, kasih sayang mereka mendalam dan konsisten. Virgo paling serasi dengan pasangan yang tulus, sabar dan stabil emosi.
Jodoh K-drama anda:

- Kim Jong-hyeon — GOOD BOY
- Son Hae-yeong — No Gain No Love
♎ Libra (24 September – 23 Oktober)
Menawan, romantik dan sangat menghargai hubungan, Libra berkembang dalam hubungan yang harmoni dan saling memahami. Mereka menyukai cinta, mengelakkan konflik dan berusaha mengekalkan keseimbangan dalam hidup. Bagi Libra, keindahan, hubungan emosi dan rasa hormat bersama adalah segalanya. Mereka serasi dengan pasangan yang komunikatif, prihatin dan hadir secara emosi.
Jodoh K-drama anda:

- Lee Kyeong-do — Surely Tomorrow
- Yeon Bo-ra — True to Love
♏ Scorpio (24 Oktober – 22 November)
Intens, memikat dan penuh emosi, Scorpio mencintai dengan semangat luar biasa dan kesetiaan tidak berbelah bahagi. Berahsia secara semula jadi, mereka mengambil masa untuk membuka hati — namun apabila kepercayaan terjalin, komitmen mereka mutlak. Kesetiaan bukan pilihan, tetapi keperluan. Scorpio serasi dengan pasangan yang boleh dipercayai, mendalam emosinya dan berani menerima keintiman sejati.
Jodoh K-drama anda:

- Kim Ji-wook — No Gain No Love
- Kang Han-deul — The Divorce Insurance
♐ Sagittarius (23 November – 21 Disember)
Bebas, optimistik dan sentiasa dahagakan pengembaraan, Sagittarius mencari keseronokan, pertumbuhan dan horizon baharu. Terus terang hingga ke tulang, mereka menghargai kebebasan dan romantik, namun mudah resah jika terikat. Mereka bersinar dengan pasangan yang berfikiran terbuka, ingin tahu dan menyokong sepenuhnya kebebasan mereka.
Jodoh K-drama anda:

- Pyo Ji-ho — Head Over Heels
- Choi Sang-eun — Love in Contract
Bersedia untuk jatuh cinta dengan padanan kosmik K-drama anda?
Selami dunia mereka dan saksikan kisahnya terungkai — hanya di Prime Video.

