Pada 1 November 2025, IOI Mall Damansara Exhibition & Convention Centre menjadi port paling hangat apabila WATSONS KFINITY MUSIC FESTIVAL 2025 berlangsung dengan super cool vibe!! Festival yang menampilkan enam line-up istimewa dari Korea Selatan iaitu TAEYANG, JU-NE, MINZY, YUJU, THAMA dan SOLE. Festival muzik kali ini berjaya mencipta vibe yang sangat best dan menetapkan tahap baharu untuk festival muzik K-pop di Malaysia.

Acara dibuka dengan set yang chill oleh artis R&B, Thama. Nyanyian merdu penuh emosi membuai penonton dengan lagu-lagu smooth seperti “Real Thing”, “HEY” dan “Do It For Love”. Momen yang sangat mencairkan hati penonton apabila beliau memperlihatkan usaha bercakap dalam Bahasa Melayu. Percubaan yang cukup baik, di mana beliau meluahkan rasa berbesar hati kerana Malaysia merupakan persembahan luar negara pertamanya. Kami tunggu lagi ye, Thama..

Persembahan seterusnya diteruskan oleh Sole, gadis comel dan genit molek yang tidak lupa menyediakan intro Bahasa Melayu yang super bubbly. Sole memperlihatkan sisi yang sangat genuine. Comel lahai siap check nota Bahasa Melayu yang ditulis di tapak tangan sebelum perform, dan siap turun stage untuk sign album. Beliau menyanyikan beberapa lagu sebelum mengakhiri persembahan dengan mengajak Thama kembali ke pentas untuk bergambar bersama peminat.

Seperti dijangkakan, bila JU-NE dari iKON naik pentas, mood terus berubah!!! Tenaga dewan terus wild, jelas peminat sangat-sangat merindukan beliau. Permulaan persembahan memperlihatkan sisi JU-NE yang rock dengan gitar elektrik, menyanyikan lagu-lagu solonya sebelum membawa peminat melepaskan rindu dengan lagu klasik iKON seperti “Love Scenario” dan “Rhythm Ta”.

Festival kemudian menghormati waktu Maghrib dan berehat sebentar sebelum membuka tirai kepada slot yang dinanti-nantikan, the man of the night, Taeyang. Gamat seluruh dewan malam tu! Beliau berkongsi bahawa beliau kembali seperti dijanjikan, dan turut berjanji akan kembali lagi bersama ahli BIGBANG pada tahun depan. Beliau mendendangkan lagu-lagu yang dirindui peminat seperti “1 AM”, disusuli hits seperti “RINGA LINGA” dan “VIBE”. Momen paling legend dan paling emosi ialah apabila beliau mempersembahkan “Eyes, Nose, Lips” bukan sekali tetapi dua kali — bermula secara unplugged, hanya suara beliau dan laungan peminat sahaja. Epic night!!!

Kemunculan Yuju (GFRIEND) pula disambut ramai. Beliau memancarkan vibe gadis yang super cool di pentas KFINITY, memukau penonton dengan lagu-lagu popular termasuk “Spring Is Gone by Chance”, “Orion” dan “Reply”. Beliau turut mempamerkan kemahiran rapnya untuk bahagian Rap Gemini dalam lagu “No Matter”. Untuk memastikan suasana meriah, Yuju menjadikan persembahan lagu “Dalala” lebih hidup dengan mengajar penonton menyahut perkataan “dalala” setiap kali beliau menyebut frasa “in the city”, menjadikannya satu kenangan yang sangat menyeronokkan buat peminat Yuju dan GFRIEND.

Festival muzik malam itu ditutup dengan Minzy, powerhouse yang dikenali dari 2NE1. Persembahan yang meletup di atas pentas dengan “NINANO” dan “TE AMO”. Meriah apabila seluruh dewan bersorak melepaskan rindu kepada Minzy. Minzy turut mengingatkan peminat kenapa dia masih seorang fierce dancer and performer, sekali gus membuktikan statusnya sebagai legenda K-pop.
Ingin kami ingatkan balik — WATSONS KFINITY MUSIC FESTIVAL 2025 memang sangat awesome, suatu malam yang tak dapat dilupakan untuk tahun 2025.
