Pelakon Yeo Jin Goo meluahkan perasaannya menjelang kemasukan ke dalam khidmat tentera menerusi sepucuk surat tulisan tangan yang dikongsikan ketika siri jelajah mesra peminat Asia sempena ulang tahun ke-20 kerjayanya bertajuk BLANKSPACE.
Dalam surat tersebut, Yeo Jin Goo menulis,
“Saya rasa bercampur-baur antara rasa syukur, teruja, dan sedikit kesal. Masa untuk saya berundur seketika dan mencuba pengalaman baharu semakin hampir. Dapat bertemu anda semua, bertentang mata, dan ketawa bersama dalam jelajah terakhir sebelum saya menyertai tentera merupakan kenangan yang sangat berharga bagi saya.”
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada para peminat sambil menenangkan mereka,
“Sepanjang saya tiada nanti, saya berjanji akan kembali sebagai seseorang yang lebih kuat dan matang. Saya akan pulang dalam keadaan sihat, dari segi fizikal dan mental, serta dengan kemahiran lakonan yang lebih mendalam. Saya harap anda semua juga kekal sihat, makan dengan baik, dan hidup bahagia sementara saya tiada.”
Yeo Jin Goo turut menasihati peminat supaya tidak terlalu bersedih dan mengingatkan mereka tentang hasil kerjanya selama ini,
“Anda mempunyai 30 drama, pelbagai rancangan hiburan, dan 20 filem untuk mengingati saya. Saya akan sangat berterima kasih jika anda dapat menontonnya semula sementara menunggu saya. Apabila kita bertemu lagi nanti, saya akan kembali dalam versi diri yang lebih baik.”
Dilahirkan pada tahun 1997, Yeo Jin Goo kini berusia 28 tahun dan memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Sad Movie pada tahun 2005. Sebelum menyertai tentera, beliau telah mengadakan siri jelajah mesra peminat di Jakarta, Tokyo, Osaka, Chengdu, Shanghai, dan Taipei, dan akan menutup jelajahnya dengan pertemuan bersama peminat di Sky Art Hall, Seoul pada 1 November.
✉️ Surat penuh daripada Yeo Jin Goo:
“Hai peminat yang saya sayangi, ini Yeo Jin Goo.
Saat menulis surat ini, hati saya dipenuhi rasa syukur, teruja, dan sedikit rindu. Masa untuk saya berundur seketika dan mencuba sesuatu yang baharu semakin hampir.
Dapat bertemu anda semua, bertentang mata, dan ketawa bersama dalam jelajah Asia terakhir sebelum saya menyertai tentera, telah menjadi kenangan yang sangat berharga buat saya.
Bila saya imbas kembali, andalah yang sentiasa menyokong dan menemani saya sejak awal kerjaya sebagai pelakon. Kasih sayang dan dorongan anda memberi saya kekuatan serta semangat untuk terus melangkah tanpa rasa letih.
Setiap sokongan daripada anda menjadikan saya seperti siapa saya hari ini. Saya tidak dapat menzahirkan rasa terima kasih saya dengan kata-kata.
Semasa saya tiada nanti, saya berjanji akan kembali sebagai seseorang yang lebih kuat dan matang! Saya akan kembali dalam keadaan sihat, secara fizikal dan mental, serta dengan kemahiran lakonan yang lebih mendalam. Saya harap anda semua kekal sihat, makan dengan baik, dan hidup bahagia sementara saya tiada!
Dan tolong, jangan terlalu bersedih! Anda mempunyai 30 drama, rancangan hiburan, dan 20 filem untuk mengingati saya. Saya akan sangat berterima kasih jika anda dapat menontonnya semula sementara menunggu saya. Apabila kita bertemu semula, saya akan kembali dengan versi diri yang lebih baik.”
Sumber : 1