G-DRAGON membawa gaya ikoniknya ke PUBG: Battlegrounds dan PUBG MOBILE — kini tersedia dalam PUBG MOBILE bermula hari ini
PUBG MOBILE, salah satu permainan mudah alih paling popular di dunia, dengan bangganya mengumumkan kerjasama eksklusif bersama artis global G-DRAGON. Kolaborasi ini menggabungkan dunia permainan dan muzik dengan matlamat menyatukan pemain serta peminat seluruh dunia dalam sebuah perayaan gaya dan kreativiti.
Item Eksklusif Bertemakan G-DRAGON
Bermula sekarang hingga 31 Oktober 2025, pemain PUBG MOBILE boleh mendapatkan pelbagai item dalam permainan yang diinspirasikan oleh gaya unik G-DRAGON. Antara item menarik termasuk:
- Dua set pakaian eksklusif: G-DRAGON PMO Outfit Set dan G-DRAGON Stage Outfit Set
- Senjata khas: Übermensch – M16A4 (boleh dinaik taraf hingga Tahap 5), Graffiti Reverie – M24 dengan corak tartan dan efek semburan cat, serta Pan ikonik G-DRAGON
Selain itu, pemain juga boleh membuka kunci Avatar Kolaborasi G-DRAGON, Bingkai Avatar Kolaborasi, serta 3 emote eksklusif yang diilhamkan daripada lagu popular G-DRAGON — “HOME SWEET HOME”, “POWER”, dan “TAKE ME” daripada album terbarunya tahun 2025 berjudul Übermensch. Ini sekali gus membawakan aura dan energi tersendiri G-DRAGON ke dalam PUBG MOBILE.
Acara & Ganjaran Tambahan
Untuk ganjaran lebih eksklusif, para pemain boleh menyertai acara bertema khas. Maklumat lanjut akan diumumkan menerusi permainan dan di saluran rasmi PUBG MOBILE.
👉 Jom saksikan treler rasmi G-DRAGON X PUBG MOBILE di bawah:
Maklumat Tambahan
Kolaborasi PUBG MOBILE x G-DRAGON tersedia sehingga 31 Oktober 2025. Muat turun dan main PUBG MOBILE secara percuma di App Store dan Google Play Store untuk mengumpul item eksklusif ini.
Tentang PUBG MOBILE
PUBG MOBILE diadaptasi daripada fenomena global PUBG: BATTLEGROUNDS yang mencetuskan gelombang besar dalam dunia hiburan interaktif sejak 2017. Sehingga 100 pemain berpayung terjun ke pulau terpencil dan bertarung dalam mod winner-takes-all. Pemain perlu mencari senjata, kenderaan serta bekalan sendiri, dan bertahan sehingga akhir dalam medan pertempuran yang kaya dengan visual serta strategi, sambil zon permainan semakin mengecil.
PUBG MOBILE dibangunkan bersama oleh LIGHTSPEED STUDIOS Tencent Games dan KRAFTON, Inc.
Untuk maklumat lanjut, sila layari saluran sosial PUBG MOBILE rasmi di Facebook, Instagram, X dan YouTube.