Asia Contents & Global OTT Awards 2025 menghimpunkan bintang dan pencipta kandungan di Busan Cinema Center, Korea Selatan pada 24 Ogos lalu. Dianjurkan oleh Kementerian Sains dan ICT Korea Selatan bersama Bandar Metropolitan Busan, acara berprestij ini meraikan karya OTT terbaik dari Asia hingga ke pentas global.
Diadakan setiap tahun bagi mengiktiraf kecemerlangan kandungan OTT Asia atau perkhidmatan penstriman over-the-top (OTT), anugerah ini pantas menjadi penanda aras global dalam kreativiti, inovasi, dan impak budaya. Dari K-Drama yang mencetus fenomena ‘binge-watch’, C-Drama penuh emosi, sehinggalah siri Jepun, Thailand, dan Asia Tenggara dengan naratif segar, ia meraikan kepelbagaian penceritaan yang melangkaui sempadan bahasa. Para pemenang bukan sahaja membawa pulang trofi, malah turut diiktiraf sebagai sebahagian daripada revolusi penceritaan dunia moden.
Anugerah Utama
Sorotan malam itu jatuh kepada Netflix dengan drama epik “When Life Gives You Tangerines”, arahan Seo Jung-seok. Karya ini dipuji kerana berjaya menggabungkan keindahan empat musim Pulau Jeju, peristiwa sejarah moden, serta lakonan yang menyentuh hati. Drama ini membawa pulang tiga anugerah utama termasuk Best Creative, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai drama rujukan tahun ini.:
-
Best Writer: Lim Sang-choon
-
Best Supporting Actress: Yeom Hye-ran (kemenangan dua tahun berturut-turut selepas “Masked Girl”)
-
Best Creative: “When Life Gives You Tangerines”
Anugerah Individu
Selain pencapaian drama, kategori individu turut mencuri perhatian dengan beberapa kemenangan besar:
-
Best Director: Yao Xiaofeng (Northward, iQIYI) – karya yang melakar perjalanan kedewasaan remaja moden China dengan latar Grand Canal sepanjang dua dekad.
-
Best Actor (Male): Kentaro Sakaguchi (What Comes After Love, Coupang Play) – lakonannya diiktiraf kerana ketelitian dan emosi halus. Visual segar dan pengarahan bergaya antara Korea dan Jepun memperkukuh persembahannya. Sakaguchi turut meraih sorakan gemuruh dengan ucapan dalam bahasa Korea, membuktikan popularitinya di Asia, serta menghargai keberaniannya merentas budaya dan bahasa, menjadikan lakonannya jambatan menyentuh hati penonton serantau.
-
Best Actress (Female): Park Eun-bin (Hyper Knife, Disney+ Hotstar) – mengatasi pencabar hebat termasuk IU, Park Bo-young dan Suzu Hirose dengan lakonannya yang berani sebagai doktor genius tetapi unik yang memukau penonton dengan ketelitian dan keaslian emosi.dalam Hyper Knife.
-
Best Supporting Actor: Oh Jung-se (Good Boy, JTBC) – dipuji kerana membawakan watak antagonis yang sarat dimensi, jauh dari stereotaip semata-mata.
✨ Sorotan Anugerah
Selain kategori utama, beberapa sorotan lain turut menghidupkan malam anugerah.
-
Lin Tingyi (Suri Lin) menerima anugerah Best New Actress dengan ucapan penuh emosi dalam bahasa Inggeris, berterima kasih kepada pengarah dan pasukan produksi.
-
The Outlaw Doctor, lakonan Janine Chang & Lian Bingfa, mengangkat kisah cabaran doktor migran di Taiwan. Penerbit Tang Shengrong menekankan mesej bahawa “kebaikan melangkaui sempadan negara”. Ia merupakan produksi Taiwan pertama yang memenangi kategori Best Asian Content.
-
Nine Puzzles (Disney+) dinobatkan Best OTT Original. Dibintangi Son Seok Ku & Kim Da Mi, siri ini meraih sambutan hangat kerana kisah detektif yang sarat misteri dan rahsia masa lalu. CEO Kakao Entertainment Video CIC Jang Se-jeong menyifatkan kemenangan ini sebagai hasil gabungan bakat & usaha ramai.
-
Yeom Hye-ran & Oh Jung-se masing-masing mengukuhkan status mereka sebagai pelakon pembantu berkelas dunia dengan kemenangan cemerlang.
-
Walaupun tidak memenangi kategori utama, Bai Jingting dan Bai Lu tetap menyerlah melalui People’s Choice Award, membuktikan pengaruh besar bintang China di pentas global. Kehadiran besar peminat Bai Jingting di dewan menonjolkan popularitinya di peringkat antarabangsa.
Senarai Penuh Pemenang — Asia Contents & Global OTT Awards 2025
-
Best Creative – When Life Gives You Tangerines (Netflix)
-
Best OTT Original – Nine Puzzles (Disney+ Hotstar)
-
Best Asian Content – The Outlaw Doctor (PTS Taiwan, Chunghwa Telecom & GrX Studio)
-
Best Reality & Variety – World of Street Woman Fighter (TVING)
-
Best Director – Northward (iQIYI) — Yao Xiaofeng
-
Best Writer – When Life Gives You Tangerines (Netflix) — Lim Sang-choon
-
Best Actor (Male) – Kentaro Sakaguchi What Comes After Love (Coupang Play)
-
Best Actress (Female) – Park Eun-bin Hyper Knife (Disney+ Hotstar)
-
Best Supporting Actor (Male) – Oh Jung-se Good Boy (JTBC)
-
Best Supporting Actress (Female) – Yeom Hye-ran – When Life Gives You Tangerines (Netflix)
-
Best Newcomer (Male) – Kang Yoo-seok Resident Playbook (tvN)
-
Best Newcomer (Female) – Lin Tingyi (Suri Lin) Born for the Spotlight (Netflix); Chung Su-bin Friendly Rivalry (U+ Mobile TV)
-
Best Visual Effects – I Am Nobody: The Showdown Between Yin & Yang (Youku)
-
Best Original Song – Who Saw the Peacock Dance in the Jungle? (TBS) — “Elf” (Ado)
-
Creative Beyond Borders – Life Line
-
New Technology – Binge Korea
-
Rising Star of the Year – Shi Pengyuan A Life For A Life (iQIYI); Lee Su-hyun Family Matters (Coupang Play)
-
People’s Choice Award — Bai Jingting The First Frost (YOUKU); Bai Lu Northward (iQIYI)
Asia Contents & Global OTT Awards 2025 bukan sekadar meraikan kemenangan, tetapi juga menyorot keberanian, kreativiti, dan bakat luar biasa yang terus mengubah landskap penceritaan OTT di Asia dan dunia. Tahniah kepada semua pemenang yang telah bersinar di pentas global.