Raikan Merdeka Dengan Setiap Gigitan bersama KyoChon Chicken

1 Ogos 2025, Kuala Lumpur – Sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-68, KyoChon Chicken dengan bangganya mempersembah sebuah sajian istimewa: ayam goreng Korea berperisa Rendang. Menggabungkan keenakan hidangan tradisional Malaysia dengan ayam goreng rangup yang terkenal dari Korea, menu terhad ini boleh didapati secara eksklusif dari 1 Ogos hingga 16 September 2025. Ia adalah penghormatan penuh rasa terhadap perpaduan, warisan, dan kecintaan bersama terhadap makanan enak yang menyatukan dua negara Malaysia dan Korea dalam satu pinggan yang tidak dapat dilupakan.

Bermula serendah RM25.50, menu ini menawarkan pelbagai pilihan daripada set Wingette & Drumette hingga ke pilihan Whole Chicken. Setiap gigitan memberikan keseimbangan sempurna rasa lemak, manis, pedas dan rangup. Tersedia di semua cawangan KyoChon Chicken di seluruh Malaysia mulai hari ini, jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan edisi khas yang meraikan semangat Merdeka ini melalui citarasa unik.

Menambah keistimewaan dalam sambutan kali ini, KyoChon Chicken turut berkolaborasi dengan artis tempatan yang disayangi ramai, SecondFloorNeko, untuk memberikan kejutan istimewa buat para peminat. Bersempena pelancaran perisa Rendang ini, pelanggan yang membeli mana-mana item berperisa Rendang dalam satu resit akan menerima pelekat edisi terhad eksklusif dengan ilustrasi asli oleh SecondFloorNeko. Terdapat tiga rekaan berbeza yang akan dilancarkan secara berperingkat setiap 10 hari bermula 1 Ogos 2025, menjadikannya koleksi wajib untuk para peminat seni, makanan dan elemen tempatan. Pelekat ini hanya boleh didapati untuk pembelian secara dine-in atau takeaway di cawangan KyoChon Chicken yang terpilih, sementara stok masih ada, menambahkan lagi keceriaan sambutan Merdeka anda!

Bukan itu sahaja, KyoChon Chicken turut menggandakan keterujaan buat pencinta durian dan coklat dengan tawaran manis yang sukar ditolak: Beli 1 set Dessert Dots campuran (6 biji  Durian & Coklat), PERCUMA 1 set tambahan, hanya pada harga RM14.90. Hidangan manis sempena Merdeka ini boleh didapati di semua cawangan KyoChon Chicken di seluruh Semenanjung Malaysia, sementara stok masih ada.

Nikmati pengalaman Korea penuh rasa dengan Chikin Dosirak dari serendah RM17.90! Direka khas untuk memenuhi citarasa dan nilai, pilihan Chikin Dosirak daripada KyoChon Chicken menawarkan pelbagai variasi menarik  daripada Bulgogi, Boneless Chicken Bites yang berjus (4 ketul), Wingette & Drumette yang rangup (4 ketul), Drumstick (2 ketul), hingga Salsal Strips yang lembut (2 ketul). Pilih daripada pelbagai perisa ikonik seperti Soy Garlic, Red, Honey, Honey Garlic dan Shinhwa. Tersedia di semua cawangan KyoChon Chicken di seluruh negara!

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kyochon.com.my atau ikuti KyoChon Chicken di media sosial. Tertakluk terma dan syarat.