Ogos 2025 Sajikan 8 Drama Korea Terbaru Untuk Menceriakan Hari Anda

Annyeong, chinguyaa~~

Seperti biasa, kami takkan biarkan korang tercicir dari perkembangan K-drama terkini! Bulan Ogos 2025 menjanjikan pelbagai pilihan menarik yang wajib masuk dalam watchlist korang — dari kisah cinta menyentuh hati, thriller penuh dendam, misteri forensik yang mendebarkan, hinggalah fantasi pelik dengan unsur mitologi Timur.

Kali ini, 8 drama Korea baharu sedang menanti untuk mencuri perhatian — dan percayalah, memang tak cukup masa nak tengok semua! Pelakon-pelakon hebat seperti Lee Bo Young, Ma Dong Seok, YoonA, Park Hyung Sik, Jung Chaeyeon, Uhm Jung Hwa, dan ramai lagi tampil dengan genre yang sangat pelbagai — termasuk aksi thriller, komedi romantik, noir jenayah, drama perundangan, dan fantasi penuh emosi.

Jadi, jom semak senarai penuh 8 K-drama terbaharu yang wajib masuk dalam watchlist anda sepanjang Julai ini!

1. Marry Kills People

  • Tarikh Tayangan: 1 Ogos 2025
  • Penyiar: MBC
  • Barisan Pelakon: Lee Bo Young, Lee Min Ki, Kang Ki Young

Adaptasi daripada siri Kanada terkenal, Mary Kills People menampilkan Lee Bo Young sebagai Woo So Jung — doktor kecemasan berdedikasi yang diam-diam menjalankan euthanasia haram ke atas pesakit yang tiada harapan. Hidupnya berubah apabila Jo Hyun Woo (Lee Min Ki), pesakit tumor otak tahap akhir, muncul bukan untuk rawatan, tetapi untuk mati. Bersama bekas pakar bedah (Kang Ki Young), mereka berdepan dilema etika dan pertarungan sunyi antara hidup, mati dan hak untuk memilih.

2. Beyond The Bar

  • Tarikh Tayangan: 2 Ogos 2025
  • Penyiar: JTBC | Netflix
  • Barisan Pelakon: Lee Jin Hyuk, Jung Chae Yeon, Lee Hak Joo, Jeon Hye Bin

“Beyond The Bar” menampilkan gabungan dunia guaman yang tegang dengan sisi kemanusiaan yang menyentuh, menerusi konflik dalaman peguam, pendekatan perundangan yang berbeza dan kisah klien yang meruntun jiwa. Dibintangi oleh Lee Jin Hyuk, Jung Chaeyeon, Lee Hak Joo dan Jeon Hye Bin, drama ini membawa penonton menyelami dilema moral serta pertentangan idealisme dalam kerjaya guaman.

Kisah berpusat pada Kang Hyo Min (Jung Chaeyeon), peguam baru yang jujur dan bersemangat, namun masih tercari rentak dalam dunia sebenar. Di bawah bimbingan mentor dingin dan berpengalaman, Yoon Seok Hoon (Lee Jin Hyuk), Hyo Min berdepan pelbagai cabaran — antara prinsip dan realiti, keadilan dan kompromi.

3. My Lovely Journey

  • Tarikh Tayangan: 2 Ogos 2025
  • Penyiar: Channel A
  • Barisan Pelakon: Gong Seung Yeon, Yoo Joon Sang, Kim Jae Young

“My Lovely Journey” mengisahkan Kang Yeo Reum (Gong Seung Yeon), bekas idola yang kini bekerja sebagai wartawan kembara bagi pihak orang lain.

Menerusi tugasan ‘proxy travel’, dia menjelajah ke serata tempat — bukan hanya untuk menyampaikan cerita, tetapi perlahan-lahan menyembuhkan luka lama dan menemui semula makna hidup. Diadaptasi daripada novel Jepun popular, drama ini menyajikan kisah pencarian diri, harapan, dan pemulihan jiwa dalam latar perjalanan yang indah dan menyentuh perasaan.

4. Love, Take Two

  • Tarikh Tayangan: 4 Ogos 2025
  • Penyiar: tvN | Viu Malaysia
  • Barisan Pelakon: Yum Jung Ah, Choi Yoon Ji, Park Hae Joon, Kim Min Kyu

“Love, Take Two” mengisahkan Lee Ji An, ibu tunggal berusia 43 tahun, dan anak perempuannya Lee Hyo Ri, pelajar perubatan berusia 23 tahun, yang berpindah ke desa untuk memulakan hidup baharu. Di sana, mereka bertemu pelbagai watak unik, termasuk cinta pertama Ji An, Ryu Jung Seok, yang mengubah pandangan mereka tentang cinta, keluarga dan erti sebenar kebahagiaan. Sarat dengan emosi, jenaka dan kehangatan, drama 12 episod ini membawa kisah menyentuh tentang peluang kedua dan penerimaan diri.

5. Our Golden Days 

  • Tarikh Tayangan: 9 Ogos 2025
  • Penyiar: KBS
  • Barisan Pelakon: Jung Il Woo, Jung In Sun, Yoon Hyun Min

Our Golden Days membawa kita menyusuri kehidupan tiga individu utama: Lee Ji Hyuk (Jung Il Woo), lelaki berjaya yang tampak sempurna tetapi menyimpan luka jiwa; Ji Eun Oh (Jung In Sun), wanita ceria yang tidak pernah berputus asa walau hidup penuh ujian; dan Park Sung Jae (Yoon Hyun Min), sahabat baik Ji Hyuk yang berasal dari keluarga kaya tetapi kesunyian sejak kecil.

Bersama barisan keluarga mereka yang besar dan kompleks, drama ini menggambarkan bagaimana nilai hidup, cinta, impian dan perbezaan antara generasi menjadi cabaran — tetapi juga kekuatan — dalam membentuk hubungan yang sebenar.

6. My Troublesome Star

  • Tarikh Tayangan: 18 Ogos 2025
  • Penyiar: ENA | Genie TV
  • Barisan Pelakon: Uhm Jung Hwa, Song Seung Heon

“My Troublesome Star” mengisahkan Im Se Ra, bintang popular Korea yang tiba-tiba hilang dan terjaga semula dalam tubuh wanita pertengahan usia bernama Bong Cheong Ja (Uhn Jung Hwa) — tanpa ingatan selama 25 tahun. Kini, dia perlu menyesuaikan diri dengan dunia moden bersama Dokgo Chul (Song Seung Heon), seorang detektif eksentrik yang menjadi penyelamat dan ‘pengurus’ rahsianya. Drama ini sarat dengan komedi romantik, elemen nostalgia dan hubungan unik dua insan dari dunia berbeza.

7. Twelve

  • Tarikh Tayangan: 23 Ogos 2025
  • Penyiar: KBS | Disney Plus Hotstar
  • Barisan Pelakon: Ma Dong Seok, Park Hyung Sik, Seo In Guk, Sung Dong Il, Kang Mina, Lee Joo Bin

Diadaptasi daripada legenda 12 haiwan zodiak Timur, “Twelve” mengisahkan 12 makhluk suci atau malaikat penjaga yang hidup dalam penyamaran sebagai manusia biasa di dunia moden. Suatu ketika dahulu, mereka pernah bersatu demi menundukkan kuasa kegelapan yang mengancam dunia dan mengorbankan diri untuk mengurung roh-roh jahat ke dalam neraka, sekali gus membawa keamanan kepada Semenanjung Korea.

Namun setelah berabad lamanya, ancaman lama itu mula bangkit semula. Roh-roh jahat yang dahulunya ditahan kini kembali menghuru-harakan dunia moden. Para penjaga ini — yang telah lama menjalani kehidupan normal — perlu bangkit semula dan berganding bahu untuk melindungi umat manusia sebelum semuanya terlambat.

Ma Dong Seok mengetuai barisan penjaga legenda ini, manakala Park Hyung Sik memegang watak malaikat yang telah jatuh ke kegelapan dan menyimpan niat yang mencurigakan. Turut membintangi ialah Seo In Guk dan ramai lagi dalam drama fantasi aksi yang padat dengan mitologi, kuasa luar biasa dan pertarungan antara cahaya dan kegelapan.

8. Bon Appétit, Your Majesty

  • Tarikh Tayangan: 23 Ogos 2025
  • Penyiar: tvN | Netflix
  • Barisan Pelakon: Lee Chae Min, YoonA

“Bon Appétit, Your Majesty” mengisahkan Yeon Ji Young (Im YoonA), seorang cef Perancis bertaraf Michelin yang secara misteri terperangkap 500 tahun ke masa lalu dan tiba di era Joseon.

Di sana, dia bertemu Raja Lee Heon (Lee Chae Min), seorang pemerintah kejam tetapi obses dengan makanan. Masakan Yeon Ji Young yang luar biasa mula mencairkan hati sang raja, membuka ruang kepada hubungan romantik yang tidak diduga.

Gabungan fantasi, cinta, komedi dan politik ini menjadikan drama ini satu hidangan visual yang menyelerakan dan menghiburkan.

Law And The City nhạt như nước ốc mà rating vẫn top 1 cả nước

Jadi, untuk peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini! Namun, perlu diingat bahawa setiap siaran drama ini mungkin tertakluk kepada sebarang perubahan oleh rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa mengemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, gais!