Won Jin Ah, Lee Naeun dan Lain-Lain Bertarung Nyawa Lawan Dex Dalam Krisis Hidup-Mati “The Defects”

Anak-anak yang telah dipulangkan kini berdepan krisis paling genting dalam The Defects!

Diadaptasi daripada webtoon popular, The Defects ialah drama thriller aksi yang mengisahkan anak-anak angkat yang telah dibuang semula oleh keluarga angkat mereka — dan kini berjuang untuk terus hidup serta menuntut balas. Yum Jung Ah membawakan watak Kim Se Hee, seorang doktor ternama yang sangat dihormati dalam bidangnya, namun secara rahsia menjalankan sindiket penjualan bayi haram. Won Jin Ah pula memegang watak Kim Ah Hyun, seorang gadis muda yang pernah dipulangkan selepas diambil sebagai anak angkat menerusi sistem rosak ini — tetapi terselamat secara ajaib.

Spoiler

Dalam episod sebelum ini, Kim Ah Hyun berjaya melarikan diri daripada menjadi mangsa seterusnya sindiket tersebut hasil bantuan Woo Tae Sik (Choi Young Joon). Namun, keselamatannya kembali terancam apabila Choi Si Woo (Kang Ji Yong), seorang lagi anak angkat yang baru dipulangkan, muncul ketika dia sedang bersembunyi bersama anak-anak yang terselamat. Lebih memburukkan keadaan, satu kemalangan tidak dijangka menimpa satu-satunya pelindung mereka, Tae Sik — menjadikan anak-anak ini tanpa sesiapa pun untuk bergantung harap.

Foto terbaru yang didedahkan menunjukkan detik-detik mencemaskan Kim Ah Hyun, So Mi (Lee Naeun) dan anak-anak lain bertarung habis-habisan demi kelangsungan hidup mereka. Kim Jung Hyun (Dex), yang telah dilatih oleh Kim Se Hee sebagai senjata manusia, kini menjalankan misinya untuk menghapuskan mereka. Konfrontasi satu lawan satu antara Ah Hyun — yang tampil menggantikan tempat Tae Sik demi melindungi anak-anak lain — dan Jung Hyun menambahkan debaran sehingga ke kemuncak. Pertarungan sengit mereka menimbulkan persoalan besar: apakah nasib yang menanti anak-anak ini? Mampukah mereka keluar dari krisis hidup dan mati ini dengan selamat?

Episod seterusnya The Defects akan ditayangkan pada 22 Julai di Astro K-PLUS TV Asia (Saluran 396) dan Astro GO, setiap Isnin dan Selasa, jam 10.30 malam (MYT) — tayangan serentak dengan Korea!

Sumber : 1