Son Ye Jin & Jo Yuri Sahkan Terajui Drama Baharu “Variety” Arahan Pengarah “Mask Girl”!

Dua bintang hebat, Son Ye Jin dan Jo Yuri, disahkan akan membintangi drama baharu berjudul “Variety”!

Drama original Netflix ini mengisahkan tentang Sae Eun, CEO sebuah syarikat hiburan ternama yang berjaya melahirkan kumpulan idola paling popular di Korea Selatan, dan Seung Hee, seorang peminat fanatik yang sentiasa mengekori mereka. “Variety” akan menyelami keinginan dan sisi gelap manusia di sekeliling kedua-dua watak ini.

Menariknya, Kim Yong Hoon — pengarah dan penulis yang menerima pujian ramai menerusi siri “Mask Girl” serta filem “Beasts Clawing at Straws” — bakal menerajui projek ini selaku penulis dan pengarah.

Son Ye Jin Sebagai CEO Berwibawa

Son Ye Jin, yang terkenal dengan kebolehannya menghidupkan watak dan menjadikan penceritaan lebih berkesan, akan membawa watak Sae Eun, CEO agensi hiburan nombor satu di Korea. Sae Eun digambarkan sebagai seorang yang bijak merancang, berfikiran tajam, dan sanggup membuat keputusan tanpa emosi demi memastikan kejayaan. Demi memastikan kumpulan idola yang dibina dari bawah terus bersama agensinya, dia sanggup mempertaruhkan segalanya untuk memperbaharui kontrak mereka.

Jo Yuri Sebagai Peminat Fanatik

Jo Yuri pula, yang mencuri perhatian dalam musim ke-2 dan ke-3 “Squid Game”, akan membawakan watak Seung Hee, seorang peminat obsesif. Seung Hee sanggup melakukan apa sahaja untuk mendekati idolanya — termasuk menjejaki setiap gerak geri mereka tanpa henti.

“Drama ini juga menampilkan gabungan pelakon berpengalaman dan muka baharu yang membawakan watak-watak di sekeliling Sae Eun dan Seung Hee — menjanjikan lakonan yang pelbagai dan menarik.

Sumber : 1