Yoon San Ha, Arin, Chuu dan Yoo Jung Hoo Cetus Cinta Tiga Segi Unik Dalam ‘My Girlfriend Is the Man!’

Drama terbaru KBS, My Girlfriend Is the Man!, bersedia mencuri perhatian penonton musim panas ini dengan jalan cerita yang unik dan barisan pelakon muda berbakat. Diadaptasi daripada webtoon popular dengan judul yang sama, drama ini merupakan komedi romantik yang menyentuh tema identiti, cinta dan penerimaan diri.


Sinopsis Ringkas

My Girlfriend Is the Man! mengisahkan Park Yoon Jae (lakonan Yoon San Ha dari ASTRO), seorang pelajar astronomi yang sedang dilamun cinta dengan teman wanitanya, Kim Ji Eun (lakonan Arin dari OH MY GIRL). Namun, hubungan manis mereka tergugat apabila Ji Eun tiba-tiba bertukar menjadi lelaki kacak bernama Kim Ji Hoon (lakonan Yoo Jung Hoo), akibat gen pelik yang diwarisi dalam keluarganya. Kehidupan kampus yang dulunya tenang kini menjadi porak-peranda, lebih-lebih lagi apabila pelajar popular Kang Min Joo (lakonan Chuu) mula menunjukkan minat terhadap Yoon Jae.


Barisan Watak Utama

Park Yoon Jae (Yoon San Ha – ASTRO)

kredit foto : Viu Malaysia

Seorang pelajar jurusan astronomi yang rajin, tenang dan romantik. Yoon Jae digambarkan sebagai teman lelaki sempurna yang tetap menyayangi Ji Eun walaupun penampilan fizikal kekasihnya berubah secara drastik.

📸 Poster Watak:

kredit foto : Viu Malaysia

Yoon Jae kelihatan merenung dengan wajah penuh ketulusan.
🗯️ Kapsyen: “Walau apa pun yang terjadi, aku tetap akan mencintaimu.”

Kata Yoon San Ha:
“Saya sangat gembira apabila drama ini disahkan akan disiarkan. Walaupun penggambaran sudah tamat, projek ini sentiasa berada dalam hati saya.”


Kim Ji Eun (Arin – OH MY GIRL)

kredit foto : Viu Malaysia

Pelajar jurusan Sastera Korea di Universiti Yeonhee, Ji Eun adalah seorang gadis ceria, yakin dan penyayang. Dia menjalani kehidupan kampus yang aktif dan sedang menikmati fasa cinta muda bersama Yoon Jae. Namun, hidupnya berubah apabila satu pagi dia terbangun dalam tubuh lelaki.

📸 Poster Watak:

kredit foto : Viu Malaysia

Ji Eun tersenyum manis dengan cahaya semangat di matanya.
🗯️ Kapsyen: “Saya cuma seorang teman wanita biasa yang mendambakan cinta.”

Kata Arin tentang wataknya:
“Dari kali pertama saya baca skrip, saya tertarik dengan premis ceritanya yang unik dan watak Ji Eun yang mengharukan. Dia berani, positif dan tetap cuba melindungi cintanya walau dalam situasi luar jangka. Saya harap penonton akan tersenyum bersama Ji Eun dan menerima tenaga positif daripadanya.”


Kim Ji Hoon (Yoo Jung Hoo)

Versi lelaki kepada Kim Ji Eun selepas transformasi genetik yang tidak dijangka. Kim Ji Hoon masih memiliki jiwa Ji Eun sepenuhnya, namun kini perlu berdepan dunia sebagai lelaki tampan yang menjadi perhatian ramai.

📸 Poster Watak:

kredit foto : Viu Malaysia

Ji Hoon berdiri dengan wajah serius dan sedikit bingung, seolah-olah cuba menyesuaikan diri dengan tubuh barunya.
🗯️ Kapsyen: “Sehingga aku kembali jadi perempuan semula… nak jadi kawan denganku?”

Pandangan Yoo Jung Hoo:
“Saya benar-benar seronok membaca skrip dan menjalani penggambaran drama ini. Ji Hoon bangun sebagai lelaki tapi masih memiliki perasaan Ji Eun. Saya harap penonton akan dapat merasai kekeliruan dan perjuangan batinnya.”
“Melihat bagaimana Ji Hoon menyesuaikan diri dengan tubuh barunya adalah sesuatu yang menyeronokkan. Semua pelakon sebaya dan penggambaran dilakukan dengan penuh semangat, jadi saya yakin penonton akan menikmatinya juga.”

Pujian produksi:
“Yoo Jung Hoo ialah pelakon berdedikasi yang sentiasa memahami wataknya dengan mendalam. Usahanya untuk memperincikan perwatakan Ji Hoon benar-benar menyentuh hati kru produksi.”


Kang Min Joo (Chuu)

Min Joo ialah pelajar popular di Universiti Yeonhee, dikenali dengan penampilan bergaya, kepintaran dan karisma. Setelah kembali dari program pertukaran pelajar selama setahun, dia terkejut mendapati Yoon Jae kini sudah berpunya. Dengan semangat kompetitif, dia mula mencabar Ji Eun dan Ji Hoon dalam usaha menawan hati Yoon Jae.

📸 Poster Watak:

kredit foto : Viu Malaysia

Min Joo tersenyum menggoda dengan aura yakin dan penuh semangat.
🗯️ Kapsyen: “Cinta adalah sesuatu yang perlu ditawan!”

Kata Chuu tentang debut dramanya:
“Ini kali pertama saya menyapa penonton melalui drama, jadi saya sangat teruja dan gementar. Kami semua bekerja keras untuk menyampaikan kegembiraan melalui drama ini. Saya harap penonton akan menyukai sisi Min Joo yang berani tapi comel dalam mengejar cinta.”


Visual & Poster Utama

kredit foto : Viu Malaysia

Poster utama drama memaparkan Park Yoon Jae berada dalam dilema, dipeluk serentak oleh dua versi kekasihnya — Kim Ji Eun dalam bentuk asal dan Kim Ji Hoon selepas transformasi. Imej ini dengan jelas melambangkan kekeliruan, kekacauan dan konflik romantik yang bakal melanda trio luar biasa ini.

Poster utama kedua drama My Girlfriend Is the Man! menampilkan suasana kelakar dan penuh emosi antara empat watak utama. Park Yoon Jae dikelilingi oleh dua “versi” kekasihnya — Kim Ji Eun dan Kim Ji Hoon — serta Kang Min Joo yang tampil dengan ekspresi cemburu dan suka mencelah.

kredit foto : Viu Malaysia

Keempat-empat watak muncul dengan gaya visual yang segar dan memikat. Poster ini memaparkan pelbagai emosi dalam satu bingkai — daripada babak romantik yang manis, rasa cemburu yang ketara, pandangan kosong yang penuh tanda tanya, hinggalah momen “bromance” lucu antara dua lelaki.

Pihak produksi turut memuji gandingan pelakon utama:

“Yoon San-ha, Arin, Yoo Jung-hoo dan Chuu benar-benar mencerminkan karakter mereka dengan visual yang menyegarkan dan serasi dengan naskhah asal,”
dan menambah,
“Poster utama kedua ini dihasilkan bagi menggambarkan suasana ceria dan bertenaga dalam drama. Nantikan My Girlfriend Is the Man! yang bakal bersinar dengan lakonan hebat dan keserasian luar biasa daripada keempat-empat pelakon.”


Tarikh Tayangan

My Girlfriend Is the Man! akan ditayangkan bermula 23 Julai 2025, setiap Rabu dan Khamis menerusi saluran KBS 2TV, menggantikan slot drama The First Night with the Duke lakonan Seohyun SNSD dan Taecyeon 2PM. Siri ini juga tersedia untuk tontonan diplatform Viu Malaysia pada hari yang sama.

Sumber : 1 | 2 | 3 | 4 | 5 |