Choi Jin Hyuk & Oh Yeon Seo Bergandingan Dalam Drama Romantik Komedi Adaptasi Webtoon

Choi Jin Hyuk dan Oh Yeon Seo bakal bergandingan dalam drama adaptasi baharu berjudul “Positively Yours”!

Berdasarkan webtoon popular, “Positively Yours” merupakan sebuah drama romantik komedi yang mengisahkan akibat tidak dijangka selepas satu pertemuan semalaman (one-night stand) antara seorang lelaki dan wanita yang masing-masing telah bersumpah untuk tidak berkahwin.

Choi Jin Hyuk akan membawakan watak Kang Doo Joon, seorang chaebol generasi kedua yang kelihatan sempurna dari setiap sudut. Selepas kematian abang sulungnya, dia memutuskan untuk tidak berkahwin dan memilih untuk hidup demi keluarganya yang masih ada serta menguruskan syarikat mereka. Namun, rancangannya mula goyah selepas terjerat dalam hubungan semalaman bersama Jang Hee Won (lakonan Oh Yeon Seo) yang ditemuinya secara kebetulan.

Oh Yeon Seo pula memegang watak Jang Hee Won, seorang wanita kerjaya yang cemerlang dalam bidang pekerjaan tetapi gagal dalam percintaan. Terluka akibat perceraian ibu bapanya dan dibesarkan dengan kritikan tajam daripada ibunya, Hee Won menutup pintu hatinya terhadap perkahwinan. Namun, hidupnya berubah apabila satu hubungan tidak dijangka berlaku.

Penonton kini menantikan gandingan manis ala webtoon antara Choi Jin Hyuk dan Oh Yeon Seo dalam drama ini.

“Positively Yours” dijadualkan tayangannya pada separuh pertama tahun 2026. Nantikan info lanjut!

Sumber : 1