Prime Video telah memperkenalkan Confidence Queen, sebuah siri komedi aksi Korea yang akan datang, dibintangi oleh Park Min-young, Park Hee-soon dan Joo Jong-hyuk. Siri ini mengisahkan sekumpulan penipu bijak yang bergabung untuk menjatuhkan penjahat korup melalui rancangan licik dan penuh strategi.
Park Min-young membawakan watak Yun Yi-rang, seorang wanita bijak yang mencipta semula identitinya sebagai pakar penipuan kelas atasan. Bersama James dan Gu-ho, mereka bekerjasama untuk membongkar jenayah dan merampas semula kekayaan yang diperoleh secara haram. Menggabungkan elemen aksi rompakan yang pantas dan komedi yang menghiburkan, Confidence Queen menjanjikan pengalaman tontonan penuh mendebarkan kepada penonton global.
Siri berlesen ini akan ditayangkan secara eksklusif di Prime Video, dengan episod baharu disiarkan setiap minggu di lebih 240 negara dan wilayah di seluruh dunia.
Park Min-young Kembali dengan Transformasi Baharu Sebagai ‘Confidence Queen’
Bintang siri popular Marry My Husband, Park Min-young kembali memukau penonton menerusi transformasi memikat sebagai Yun Yi-rang. Watak Yi-rang ialah seorang pewaris kaya yang terpaksa hidup dalam bayangan masa lalu akibat insiden tragik semasa kecil. Bijak, intuitif dan sangat fokus, Yi-rang memiliki semua ciri sebagai ketua pasukan penipuan yang licik. Bersama James dan Gu-ho, mereka mencipta pelan terperinci untuk merampas kembali wang haram milik para penjahat — sambil membina kekayaan mereka sendiri.
Joo Jong-hyuk, yang dikenali menerusi lakonannya dalam Extraordinary Attorney Woo, membawakan watak Myung Gu-ho — seorang lelaki ceria dan optimis yang menjadi sumber semangat dalam pasukan. Sementara itu, pelakon berpengalaman Park Hee-soon, yang baru-baru ini muncul dalam Squid Game Musim 3, memegang watak James — seorang lelaki pendiam yang sedia menyertai pengembaraan baharu bersama Yi-rang dan Gu-ho.
Berdasarkan IP Popular Jepun dan Diterajui Nama Besar Industri
Confidence Queen merupakan adaptasi kepada IP Jepun yang sangat popular, dan diarahkan oleh Nam Ki-hoon (Destined with You, Kiss Sixth Sense), serta ditulis oleh Hong Seung-hyun (Criminal Minds, Cheo-Yong).
Bersedia untuk ketawa dan terhibur bersama Confidence Queen — sebuah siri komedi penipuan yang tidak patut anda lepaskan, hanya di Prime Video. Siri ini akan ditayangkan di Prime Video Malaysia serta lebih 240 buah negara dan wilayah di seluruh dunia.
Tonton Lebih Banyak Di Prime Video
Confidence Queen menyertai ribuan lagi rancangan dan filem menarik di katalog Prime Video, termasuk Head Over Heels, GOOD BOY, The Divorce Insurance, Newtopia, Spice Up Our Love, No Gain No Love, serta anime popular seperti Mobile Suit Gundam GQuuuuuuX, Jujutsu Kaisen 0, Rurouni Kenshin, dan karya asli Amazon yang memenangi anugerah seperti Fallout, The Summer I Turned Pretty, Heads of State, G20, Another Simple Favor, You’re Cordially Invited, The Lord of the Rings: The Rings of Power, Reacher, dan The Boys.
Ahli Prime Video boleh menonton filem dan rancangan kegemaran mereka di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa melalui ribuan peranti yang serasi. Melalui aplikasi Prime Video, ahli juga boleh memuat turun episod ke telefon bimbit dan tablet untuk tontonan luar talian — tanpa sebarang bayaran tambahan.
Prime Video kini tersedia di Malaysia dengan hanya RM25 sebulan.