Drama komedi sukan terbaharu SBS, Try: A Miracle in Us, telah mendedahkan poster-poster utama mereka!
Try: A Miracle in Us mengisahkan Joo Ga Ram (Yoon Kye Sang), bekas bintang ragbi yang jatuh reputasinya akibat skandal doping. Beberapa tahun kemudian, dia kembali ke sekolah lamanya sebagai jurulatih baharu pasukan ragbi sekolah menengah yang berada di kedudukan tercorot — dan memimpin pasukan underdog ini dalam usaha menjuarai Festival Sukan Kebangsaan.
Pada 1 Julai, pasukan produksi menarik perhatian ramai apabila mereka mengeluarkan dua poster utama yang menampilkan Joo Ga Ram bersama barisan pemain utama pasukan ragbi: Yoon Sung Joon (Kim Yo Han), Oh Young Kwang (Kim E Jun), So Myung Woo (Lee Su Chan), Do Hyung Sik (Yoon Jae Chan), Kim Joo Yang (Hwang Seong Bin), Pyo Seon Ho (Woo Min Gyu), dan Moon Woong (Kim Dan).
Poster pertama memaparkan Joo Ga Ram dan tujuh ahli pasukannya sedang mengadakan mesyuarat strategi. Pencahayaan yang malap menambahkan suasana tegang dan fokus sewaktu mereka bersedia menghadapi perlawanan penting.
Yoon Kye Sang berdiri di hadapan papan strategi, segak dengan sut, menonjolkan aura kepimpinan dengan renungan tajam dan fokus. Para pemain pula memandang sesama sendiri dengan ekspresi penuh semangat, mencerminkan tekad bersama mereka untuk menjuarai kejohanan kebangsaan.
Di belakang mereka tertera frasa, “Rakan sepasukan sentiasa di sisi saya,” menggambarkan semangat berpasukan yang bakal menjadi tonggak utama cerita ini.
Sebaliknya, poster kedua menampilkan suasana yang jauh lebih santai dan ceria, memperlihatkan sisi penuh semangat dan keceriaan pasukan ini. Karisma serius yang ditonjolkan sebelum ini berubah menjadi tenaga playful apabila Yoon Kye Sang mengembungkan pipi sambil meniup buih sabun — menyerlahkan imej jurulatih eksentrik yang ceria dengan pandangan mata yang bersinar dan positif.
Menambahkan lagi daya tarikan, tujuh pemain ragbi itu menampilkan keperibadian unik masing-masing. Dalam ruang bilik persalinan yang sempit, So Myung Woo merakam video ceria, Oh Young Kwang tekun dengan buku ulang kajinya, dan Pyo Seon Ho menikmati sekeping roti. Setiap aksi kecil ini menyumbang kepada suasana riang dan penuh keseronokan.
Namun yang paling mencuit hati ialah ekspresi ‘blur’ ketua pasukan, Kim Yo Han, di tengah-tengah kekecohan tersebut — memberikan detik paling lucu dalam poster.
Dengan jurulatih Yoon Kye Sang meniup buih sabun di tengah poster, keunikan setiap ahli pasukan lebih menyerlah. Ketika mereka mengejar impian kejuaraan kebangsaan, personaliti yang berbeza-beza dan semangat berpasukan yang semakin kukuh menjadikan drama ini semakin dinanti-nantikan.
Try: A Miracle in Us dijadualkan tayang perdana pada 25 Julai jam 9:50 malam (KST). Jangan lepaskan!
Sumber : 1