Jang Dong Woo INFINITE Kembali ke Kuala Lumpur 15 Ogos Ini untuk Fan-Con Solo Pertama

Persembahan penuh tenaga menanti peminat apabila Jang Dong Woo, ahli kumpulan sensasi K-POP INFINITE, bakal kembali ke Kuala Lumpur – kali ini sebagai artis solo! Peminat berpeluang bertemu bintang serba boleh ini dalam siri jelajah 2025 JANG DONG WOO FAN-CON TOUR IN KUALA LUMPUR yang akan berlangsung pada 15 Ogos 2025, jam 8 malam di ZEPP Kuala Lumpur.

Dianjurkan oleh Star Planet, ini merupakan fan-con solo pertama Dong Woo di Malaysia dan menjanjikan malam yang penuh dengan persembahan ikhlas, interaksi peribadi, serta suasana mendalam yang meraikan hubungan istimewa antara artis dan peminat.

Sejak debut bersama INFINITE pada tahun 2010, Dong Woo dikenali sebagai salah seorang anggota paling dinamik dan serba boleh dalam kumpulan. Dikenali dengan gaya rap yang unik dan aksi pentas bertenaga, beliau memainkan peranan penting dalam kejayaan INFINITE menerusi lagu-lagu hits seperti “BTD,” “The Chaser,” dan “Last Romeo.”

Pada tahun 2019, Dong Woo melancarkan album solo pertamanya berjudul “BYE,” yang memuatkan tujuh lagu yang menyerlahkan kepelbagaian seninya – daripada rap bertenaga dan rentak penuh semangat sehinggalah melodi yang mendalam dan introspektif. Antara lagu menonjol termasuk “I Am,” “News,” “Gun,” “Romeo,” “Party Girl,” “Perfect,” dan “Something Between.”

Selain dunia muzik, Dong Woo turut menyerlah dalam bidang tarian, rancangan variasi dan platform kreatif lain – menjadikannya lambang semangat seni dan evolusi berterusan. Usaha konsisten beliau dalam memperluaskan bakat telah mengukuhkan kedudukannya dalam dunia K-POP dan meraih sokongan padu dari peminat di seluruh dunia.

Jelajah fan-con ini meliputi lima bandar utama iaitu Seoul, Taipei, Kuala Lumpur, Manila dan Hong Kong, dan setiap lokasi menjanjikan pengalaman lebih dekat dengan peminat melalui persembahan bertenaga dan interaksi penuh makna. Ia merupakan satu perayaan kepada perjalanan muzik yang dikongsi bersama penuh emosi.


Maklumat Tiket

Tiket untuk 2025 JANG DONG WOO FAN-CON TOUR IN KUALA LUMPUR akan mula dijual pada 20 Jun 2025, jam 12.00 tengah hari secara eksklusif di laman web my.bookmyshow.com.

Pelan Kedudukan dan Harga Tiket

Harga tiket (tidak termasuk yuran pemprosesan RM4) adalah seperti berikut:

  • SUITE : RM5,888 (Untuk 8 orang)
  • VIP:RM698
  • P1: RM498
  • P2: RM398
  • P3: RM358
Faedah Peminat

Jangan lepaskan peluang membina “connection” istimewa bersama Dong Woo – satu malam yang sarat dengan memori indah, muzik mengasyikkan dan detik penuh emosi menanti anda!

Untuk maklumat lanjut, sila layari starplanet.com.my.