Dibintangi Lee Jong Suk dan Moon Ga Young, siri ini menyelami kehidupan lima peguam bersekutu di tengah kesibukan daerah guaman paling sibuk di Seoul.
Law and The City ialah sebuah drama undang-undang Korea yang bijak, penuh humor sinis dan realistik, memaparkan cabaran hidup peguam di Seoul yang sering bekerja lebih masa tetapi jarang dihargai. Siri ini bakal menemui penonton bermula 5 Julai secara eksklusif di Disney+ Hotstar.
Sinopsis
Berlatar di daerah undang-undang Seocho, yang padat dengan firma guaman dan pejabat perundangan, Law and The City mengikuti lima peguam bersekutu yang berulang-alik ke tempat kerja setiap hari, sambil berhadapan tekanan tinggi, dilema moral dan persoalan tentang makna kejayaan sebenar dalam profesion guaman.
Sebagai peguam bergaji di peringkat pertengahan firma, mereka berdepan tekanan kerja, konflik peribadi dan ketidakpastian masa depan kerjaya. Dalam dunia undang-undang yang menuntut ketelitian logik dan prinsip yang teguh, mereka berusaha mengekalkan hubungan sesama rakan sekerja dan mencari makna dalam tugas harian mereka — semuanya di tengah hiruk-pikuk Seocho.
Poster promosi yang menampilkan lima “Peguam Avengers” melangkah penuh yakin melalui daerah guaman itu, disertai kapsyen “Hari baru, kes baru”, membangkitkan keterujaan terhadap rutin harian mereka yang dinamik dan tidak dijangka.
Barisan Watak
Law and The City mengetengahkan lima peguam bersekutu (associate lawyer) dengan latar dan personaliti berbeza:
-
Ahn Ju Hyeong (Lee Jong Suk) – Peguam senior di firma Kyungmin yang sudah sembilan tahun berkhidmat. Dikenali sebagai “otak utama” kerana logik tajam dan pengetahuan undang-undang yang kukuh, dia sering menang kes berdasarkan fakta. Walaupun kebanyakan rakan sejawatan sudah membuka firma sendiri atau beralih ke sektor korporat, Ju Hyeong kekal sebagai pekerja bergaji, mencetuskan persoalan tentang pilihannya untuk terus berada di zon selesa.
-
Kang Hui Ji (Moo Ga Young) – Peguam tahun pertama di firma Johwa yang yakin, berprinsip dan bercita-cita untuk membantu orang ramai, bukan sekadar menyelesaikan kes. Percaya bahawa mengubah hidup seseorang boleh memberi impak besar, dia menempuh jalan panjang untuk menjadi peguam yang bukan hanya menyokong secara perundangan, tetapi juga menyembuhkan luka emosi kliennya.
-
Cho Chang Won (Kang You Seok) – Peguam paling peramah di Bangunan Hyungmin. Suka berbual, positif dan sentiasa menjadi penyeri suasana. Namun, di sebalik keperibadiannya yang ceria, tekanan emosinya semakin memuncak. Tidak menyertai bidang ini atas dasar kewangan mahupun prinsip, kini dia mula mempersoalkan tempat dan tujuan sebenar dirinya dalam dunia guaman.
-
Bae Mun Jeong (Ryu Hye Young) – Peguam di Kyungmin yang lewat setahun menjadi peguam kerana gagal ujian etika, walaupun kadar lulus hampir 100%. Mesra tetapi kadangkala berterus terang, Mun Jeong sebenarnya seorang yang sangat prihatin. Minat utamanya? Makanan. Sebagai ‘ketua makan’ tidak rasmi kumpulan, dia gemar meneroka restoran sekitar Seocho untuk makan tengah hari — rutin harian yang pasti menghiburkan.
-
Ha Sang Gi (Im Seong Jae) – Seorang peguam muda yang baik hati dan berdikari. Wataknya yang tenang tetapi cepat berubah ekspresi antara serius dan bersahaja menambah warna dan humor kepada siri ini.
Tenaga di Sebalik Tabir
Law and The City diterbitkan oleh CJ ENM Studios, anak syarikat kepada gergasi hiburan Korea, CJ ENM. Ia ditulis oleh Lee Seunghyeon, seorang peguam sebenar, dan diarahkan oleh Park Seungwoo (Adamas, Kairos), menjadikan siri ini antara yang paling autentik dalam menggambarkan realiti dunia guaman.
Sebahagian daripada Deretan Kandungan Korea Terbaharu di Disney+ Hotstar
Law and The City merupakan antara judul terbaharu dalam barisan kandungan Korea yang dinanti-nantikan di Disney+ Hotstar. Antara tajuk lain yang bakal muncul termasuk Delusion (tentang pontianak yang meratapi kehilangan), Low Life (tentang perebutan harta karun dalam kalangan penjenayah), dan Tempest (tentang diplomat dan agen khas yang cuba mendedahkan konspirasi berbahaya).
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan siri 12 episod ini bermula 5 Julai, hanya di Disney+ Hotstar.
Realiti dunia guaman tidak pernah sejujur, sepedih dan selucu ini.